AMAN NASSIM DENGAN SINGLE CUBA, BEST KE?

AMAN NASSIM DENGAN SINGLE CUBA, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Cintanya terhadap bidang muzik dan nyanyian semakin mendalam.

Masakan tidak, Aman yang sebelum ini memulakan kerjaya seni dalam bidang lakonan
memberanikan diri menubuhkan syarikat rakaman COF Music.

Ternyata langkah beraninya itu membuahkan hasil. Ada yang mungkin mengenalinya kerana watak lakonan-nya dalam drama atau pun filem.

AMAN NASSIM

Menerusi syarikat itu – Aman atau nama sebenarnya Abdul Rahman Nassim sudah menghasilkan empat single.

AMAN NASSIM SINGLE CUBA

Karya berjudul Cinta Terakhir yang ‘release’ 2021 mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia iaitu Bemby Noor dan dirinya sendiri.

SINGLE CUBA

Melihat sambutan baik yang diterima pada karya yang dihasilkan, kini muncul dengan single berjudul Cuba dilancarkan pada 24 Februari 2023.

Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Arif Peter, Kon, Jack, Jafni , Pown Hasril dan Aman Nassim sendiri.

AMAN NASSIM SINGLE CUBA

Menurut Aman, lagu bergenre pop ini dififatkan sebagai sebuah lagu yang mudah didengar, diterima dan menangkap halwa telinga.

EASY LISTENING

“Lagi ini sudah disiapkan sejak November tahun lalu lagi. Lagu ini ‘easy listening dan sweet song’. Sesuai untuk mereka yang bercinta.

Saya mahu mereka mendengar dan menghayati lirik disampaikan. Pendek kata, lagu ini sangat mudah dan ‘straight forward’.

AMAN NASSIM SINGLE CUBA

“Saya sengaja menghasilkan single yang simple tapi ‘sweet’. Sebab nak orang selesa mendengar dan mudah memahami lirik yang disampaikan

KETENGAHKAN NEW VIBES DAN SOUL

Cuba adalah sebuah karya yang mengetengahkan ‘new vibes dan soul’ yang tidak pernah ada dalam pasaran muzik di Malaysia.

Ianya sebuah lagu yang baru dalam pasaran muzik tempatan. Kebanyakan lagu saya adalah begenre pop balada.

Kali ini saya mencuba sesuatu yang lain. Insya-Allah, saya yakin lagu ini akan berjaya dalam pasaran dan mampu diterima baik oleh pencinta muzik.

MUZIK VIDEO RAKAM DI KOREA?

Menariknya juga, muzik video lagu Cuba dirakamkan di Korea serta turut menampilkan model dari sana.

“Kenapa Korea? Sebenarnya, orang kita ramai yang meminati drama dan penyanyi Korea. Malah,kisah cinta penuh romantis Korea cukup membuatkan orang kita terbuai.

AMAN NASSIM SINGLE CUBA
AMAN NASSIM SINGLE CUBA

Saya menggunakan khidmat model wanit Korea kerana nak peminat lebih ‘feel’ apabila mendengar dan menonton MV ini.

Single Cuba ini saya mahu memberikan kelainan dan sentuhan berbeza sedikit. Mana taknya lagu ‘Sweet dan MV pun Romantik’.

-sambungnya

Youtube COF Music|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge