SURRR! IN THE SKY @ KL TOWER – FESTIVAL NASI KANDAQ

Peminat nasi kandaq, ini peluang anda untuk merasai top 12 yang di rekomenkan.

SURRR! IN THE SKY @ KL TOWER

Menara Kuala Lumpur telah menganjurkan Surrr! In the Sky @ KL Tower – Festival Nasi Kandaq pada 27 dan 28 Januari 2024. Dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur.

SURRR! IN THE SKY @ KL TOWER- FESTIVAL NASI KANDAQ

Festival ini diadakan selama dua hari membawa lebih dari 10 restoran-restoran terkenal dari Pulau Pinang.

ANTARA NASI KANDAQ

Pasti kenal dengan nama-nama seperti Hameediyah, Kapitan, Jamal Mohamed [Ketapang], Kudu, Line Clear dan banyak lagi. Ada juga Hussain Pasembor Padang Kota dan Ais Tingkap.

Kapitan

SURRR! IN THE SKY @ KL TOWER- FESTIVAL NASI KANDAQ

Restoran Kudu bin Abdul

Nasi Dalca Ayam Negro

Ada pelbagai menu dan pilihan lauk

SURRR! IN THE SKY @ KL TOWER- FESTIVAL NASI KANDAQ

Ayam bawang

SURRR! IN THE SKY @ KL TOWER- FESTIVAL NASI KANDAQ

Sotong, Udang kari

Lamb Shank

SURRR! IN THE SKY @ KL TOWER- FESTIVAL NASI KANDAQ

Nampak tak pilihan lain ada juga

SURRR! IN THE SKY @ KL TOWER- FESTIVAL NASI KANDAQ

Sayuran pun ada

KERJASAMA

“Ini kali pertama kami mengumpulkan pengusaha Nasi Kandar yang ternama bersama-sama dalam satu festival di Menara Kuala Lumpur. Dengan kerjasama Nasi Kandaq Hunters dan Nasi Kandar Transporter,”

“Kami juga sangat teruja untuk menganjurkan lebih banyak sebegini di sini dan berhasrat untuk mengumpulkan pengunjung dan pencita makanan. Khas untuk menikmati makanan tempatan di sini.”

-kata Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd

JAMU SELERA DI SKY DECK

Kemuncak festival ini adalah para pengunjung boleh menjamu selera di Sky Deck bermula jam 8:00 malam hingga 11:00 malam pada hari Sabtu dan Ahad. Nikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur sambil menjamu selera.

Menara Kuala Lumpur menawarkan pakej berharga RM60.00 untuk satu keluarga [terdiri daripada 2 dewasa dan 2 kanak-kanak] atau RM20.00 setiap seorang.

CABARAN TEH TARIK

Selain itu, Cabaran Teh Tarik @ KL Tower pada tarikh yang sama 27 & 28 Januari 2024 dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Kira-kira 50 peserta bertanding untuk menunjukkan kemahiran kreatif mereka membuat dan menarik teh.Pusingan akhir di Sky Deck dimana mereka bakal diadili oleh 3 orang juri yang berpengalaman.

Bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 hadiah pertama.Untuk pemenang kedua RM3,000 dan pemenang ketiga RM2,000.

Rakan acara yang telah bersama-sama menjayakan “Surrr! In the Sky @ KL Tower – Festival Nasi Kandaq dan Cabaran Teh Tarik adalah ACGAS, HARTA dan F&N.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge