Tahun Baru Cina bakal tiba kurang dari 3 minggu lagi. Pasti masing-masing sedang sibuk membuay persiapan untuk menyambut perayaan ini.
KITKAT GOLDEN DRAGON
Nestle KitKat mengalu-alukan Tahun Naga 2024 yang membawa tuah dengan pelancaran coklat edisi terhad yang inovatif sempena sambutan Tahun Baru Cina, KitKat Golden Dragon.
TEKNOLOGI FARBLING
Yang menarik ini adalah KitKat pertama di seluruh dunia yang menggunakan teknologi ‘Farbling’ untuk menghasilkan corak sisik Naga yang menakjubkan pada coklat.
Teknologi ini membolehkan penciptaan reka bentuk yang rumit.
Berilhamkan sisik naga mitos yang menyerlah dengan kombinasi warna-warna semula jadi dan terang dalam rona merah dan kuning keemasan.
SEMANGAT NAGA
Visual menarik KitKat Golden Dragon yang terdapat di jejari coklat pastinya menghidupkan semangat Naga.
Menjadi lambang kuasa, tuah dan kemakmuran dalam budaya masyarakat Cina – menjadikannya pilihan snek mahupun hadiah yang sempurna untuk musim perayaan.
PERISA ZESTY ORANGE
KitKat Golden Dragon bukan hanyalah snek coklat biasa tapi merupakan edisi di luar kelaziman yang menampilkan perisa Zesty Orange yang lazat.
Katanya, edisi terhad itu menandakan satu mercu jaya penting pihaknya kerana Malaysia ialah pasaran pertama di dunia.
Melancarkan coklat KitKat baharu dengan kombinasi teknologi Pemarmaran dan Pemudaran (Farbling).
“Kami teruja untuk membawakan pengalaman snek luar biasa kepada rakyat Malaysia, yang bukan sahaja sejajar dengan slogan terkenal KitKat, ‘Have a break, Have a KitKat.
Tetapi juga mencipta detik-detik bermakna dan mengeratkan tali silaturahim bersama rakan dan keluarga,”
-Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Confectionery, Carlota Casellas
EDISI TERHAD KOLEKSI KITKAT GOLDEN DRAGON
Sempena sambutan perayaan, KitKat memperkenalkan rangkaian koleksi KitKat Golden Dragon edisi terhad.
Termasuk pek tunggal 4 Jejari edisi terhad baharu, Beg Kongsi 8 x 2 Jejari, Tin Hadiah Logam Tahun Baru Cina Naga KitKat, Pek Cele-break khas.
Juga Beg Serba Guna Edisi KitKat® x Artis Malaysia yang direka khas secara usaha sama dengan artis tempatan, Cassey Gan dan Cloakwork.
AISKRIM KITKAT® U ZU
Sebagai sebahagian daripada rangkaian menarik ini, KitKat turut memperkenalkan aiskrim KitKat® U ZU. Hidangan lazat yang disaluti dengan perisa yuzu, dilengkapi dengan wafer rangup dan oren kering di atasnya.
Aiskrim edisi terhad yang dijual pada musim perayaan ini menambahkan sentuhan unik dan keseronokan kepada pengalaman KitKat.
PERADUAN KITKAT LÓNGEVITY
Sertai Peraduan KitKat LÓNGevity, yang berlangsung sehingga 20 Februari 2024. Dengan pembelian coklat KitKat dan/atau aiskrim KitKat bernilai sekurang-kurangnya RM10.
Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik berjumlah lebih RM318,888* (tertakluk kepada Terma dan Syarat). Antara ganjaran hebat yang diberikan termasuk:
1x Hadiah Utama Bulanan: 2 buah Kereta Elektrik BYD Dolphin bernilai RM99,900 setiap satu, 5x Hadiah Mingguan: 40 unit Hadiah Wang tunai RM888
76x Hadiah Mingguan: 608 unit Pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM88 setiap satu, 5x Hadiah Harian: 285 unit e-Baucar Grab bernilai RM88 setiap satu