Sunny Queen Kini Beroperasi di Sunway Pyramid , Jom Singgah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sunny Queen Kini Beroperasi di Sunway Pyramid , Jom Singgah |Penggemar makanan dari negara Taiwan , ini untuk anda. Dari nama restoran ini mungkin ada diantara anda tahu yang restoran ini berasal dari Taiwan dan kini telah dibuka di salah satu pusat membeli belah kawasan Petaling Jaya iaitu  Sunway Pyramid. Ianya berlokasi di tingkat LG1 berhadapan dengan Starbucks yang menghadap pintu utama ke Sunway Lagoon . Kalau masih tak jumpa lagi jangan risau sebab di depan pintu masuk Sunny Queen ini ada huruf SQ yang cukup besar sebelum melangkkah masuk ke restorannya

Dekorasi di dalam Sunny Queen ini lebih kepada mengikut trend terkini di mana ala ala hipster tetapi yang menarik perhatian KP ada kartun comel didindingk  mahupun kerusi dan memang sesuai untuk bergambar. La tak percaya ke meh KP share apa lagi dekorasi yang ada di sini. Nak dating berdua mahupun double date ataupun makan Bersama family dan rakan-rakan pun boleh

Dari segi menu pula , hidangan di sini lebih kepada hidangan dari negara Itali . Apbila anda ke sini hidangan seperti pasta, pizza mahupun steak antara yang bakal dihidangkan. Untuk peringkat dewasa mahupun kanak-kanak semuanya adalah . Dari appetizer, main course mahupun dessert semuanya sedap. Meh KP bawa jenjalan untuk mengetahui menu apa yang sempat KP jamah apabila berada di sini

Mango Smoothie dan Berry Smoonthie

Main course. Untuk main course kali ini banyak pilihan yang boleh di pilih dan dengan sekelip mata KP jadi rambang mata sekejap nak pilih yang mana satu untuk dinikmati. Bermula dengan  dulu risotto ye

Truffle Parmesan Cheese Risotto

Porcini & Mushroom with Creamy Sauce Risotto (RM 32)

So sekarang pasta pula , banyak pilihan

Clams Pesto Spaghetti (RM26)

Squid Ink Cuttlefish Spaghetti (RM44) yang ini memang lain beb sebab spaghetti dia warna hitam

Kalau tadi Cuttlefish kali nie lain sikit Squid Ink Mixed Seafood Spaghetti (RM38)

Tomato Sauce Spicy Beef Spaghetti (RM32)

Creamy Lemon Chicken Spaghetti (RM 20)

Ok yang ini KP janji yang last KP share ye . Untuk anak-anak mahupun kite yang dewasa boleh cuba menu ini untuk kelainan walaupun ayam yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad bersama. Yang menjadi kelainan ialah sos diatas ayamnya.  Jangan gelak tau dengan nama menu dia

Dancing Queen

Monreal Roast

Itu baru 1/8 dari menu yang ada yang sempat KP jamah, masih ada lagi hidangan yang lain seperti pizza,pencuci mulut dan sebagainya. Kalau nak tahu menu apa lagi yang ada why not check kat
Facebook Sunny Queen : http://www.facebook.com/SunnyQueenMalaysia



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge