Straumann rai tujuh dekad inovasi pergigian, terus mencatatkan pencapaian penting di Malaysia.
STRAUMANN
Jenama terkemuka Straumann Group – salah satu pengeluar implan terbesar di dunia – dengan bangganya mengumumkan kejayaannya selama 70 tahun mencipta inovasi. Terkenal sebagai perintis kemajuan dalam bidang pergigian, Straumann berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama implantologi ikonik dalam kalangan komuniti pergigian.
INOVASI STRAUMANN
Di Malaysia diiktiraf dan diterima oleh profesional dan institusi pergigian tempatan. Dan ulang tahun kali ini mencerminkan pencapaian di masa lalu serta komitmennya terhadap masa depan kemajuan penjagaan pergigian Malaysia dan global.
“Di Straumann, komitmen kami melangkaui penawaran penyelesaian pergigian termaju. Pada tahun 2023, kami tetap fokus pada inovasi yang berterusan dan menyesuaikan diri bagi memenuhi keperluan pelanggan kami.
Dimana akhirnya dapat mengubah kehidupan dan meningkatkan senyuman. Kami berbangga kerana berjaya meningkatkan tahap kesihatan oral dan kualiti kehidupan 5.6 juta orang di seluruh dunia.”
STANDARD PENJAGAAN PERGIGIAN
“Di Malaysia, kami menyasarkan untuk meningkatkan standard penjagaan pergigian, menyokong profesional pergigian tempatan, dan memastikan bahawa semua orang mendapat akses kepada penjagaan berkualiti tinggi.
Komitmen ini mendorong kami untuk terus meningkatkan tahap penjagaan pergigian sebaik yang mungkin serta mengembalikan senyuman dan keyakinan kepada rakyat Malaysia,”
-kata Pengarah Komersial Asia Tenggara Straumann Group, Vida Lau
PENCAPAIAN JENAMA
Straumann telah memainkan peranan penting dalam usaha mentransformasikan penjagaan pergigian, dipacu oleh komitmennya terhadap standard pembuatan dan kejuruteraan Swiss. Serta budaya penyelidikan, inovasi, dan pendidikan yang mantap.
Pencapaian jenama ini dalam implantologi pergigian, sains material dan permukaan, pergigian digital. Juga penyelesaian regeneratif menyerlahkan keazaman yang tidak berbelah bahagi dalam mencapai kecemerlangan untuk memberikan akses penjagaan oral yang lebih baik di seluruh dunia.
TAHAP KESIHATAN ORAL RENDAH
Menurut kajian yang dijalankan baru-baru ini, hampir 40% rakyat Malaysia menderita akibat masalah pergigian yang tidak dirawat, di mana ia menjejaskan keseluruhan kesihatan dan kualiti hidup mereka.
Selain itu, tahap kesihatan oral yang rendah di Malaysia turut menjejaskan kesejahteraan sosial dan ekonomi individu kerana masalah kesihatan oral berkait dengan kadar pengangguran yang lebih tinggi dan pengurangan produktiviti.
Dengan menumpukan kepada strategi kesihatan pergigian yang komprehensif dan usaha melengkapkan profesional pergigian tempatan dengan latihan dan teknologi termaju. Straumann bertekad untuk mengangkat standard penjagaan di Malaysia dan meningkatkan secara keseluruhan kualiti hidup rakyat di negara ini.
MANFAATKAN INOVASI TERMAJU INI
“Dengan memanfaatkan inovasi termaju dan melaksanakan strategi kesihatan pergigian yang menyeluruh, kita boleh meningkatkan tahap kesihatan oral secara signifikan di seluruh Malaysia. Kemajuan ini boleh menangani cabaran utama negara, meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan penyampaian penjagaan pergigian, dan akhirnya memberi manfaat kepada kesihatan oral Malaysia.”
-Pakar Bedah Oral dan Maksilofasial terkemuka, Dr Sharifah Tahirah.
SEJARAH STRAUMANN
Sejak diasaskan pada tahun 1954 hinggalah pembangunan teknologi canggih dalam bidang implantologi dan pergigian digital, penuh dengan pencapaian signifikan yang telah membentuk industri pergigian.
Kejayaan yang dicatatkan oleh jenama itu dalam bidang penyelidikan dan sains menerusi implantologi dan penubuhan Pasukan Implantologi Antarabangsa. Ianya bermaksud (penyedia geran pendidikan dan kajian terkemuka dalam bidang implan pergigian untuk profesional pergigian di seluruh dunia)
Perjalanan ini telah membawa kepada pelbagai inovasi yang ditunjangi oleh kejuruteraan premium Swiss, mempamerkan komitmennya untuk terus meningkatkan tahap penjagaan pergigian dan menunjukkan semangat keusahawanan yang tinggi.
TUMPUAN KAMI
“Tumpuan kami terhadap inovasi digital di Malaysia menyasarkan kepada peningkatan ketepatan dan kecekapan rawatan pergigian, sekaligus menangani keperluan masyarakat tempatan dengan lebih berkesan.
Di sini, kami menawarkan implan pergigian, penyelesaian regeneratif dan penyelesaian digital lain seperti pelaras ClearCorrect.
Selain penawaran produk kami, dengan bangganya menyediakan perkhidmatan hujung-ke-hujung yang menyeluruh . Tidak lupa sokongan selepas jualan yang mantap untuk memastikan pelanggan anda pulang dengan senyuman.”