SSF Home Group Catat Hasil RM36.08 Juta, Buka Cawangan Baharu di Melaka!

SSF HOME GROUP

Jenama perabot dan hiasan rumah, SSF Home Group Berhad (SSF) terus mengembangkan perniagaannya apabila mencatatkan hasil sebanyak RM36.08 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2027 yang berakhir pada 30 September 2026.

KEUNTUNGAN KASAR

Bagi tempoh sama, Kumpulan turut merekodkan keuntungan kasar sebanyak RM19.59 juta, keuntungan sebelum cukai RM750,000 dan keuntungan selepas cukai RM550,000. Margin keuntungan kasar pula berada pada 54.3%.

Menariknya, SSF turut mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh dengan gabungan tunai, deposit jangka pendek dan pelaburan jangka pendek berjumlah RM74.20 juta, selain tidak mempunyai pinjaman bank tertunggak.

Kumpulan juga menjana aliran tunai operasi bersih positif sebanyak RM4.19 juta sepanjang suku berkenaan.

TERUS KEMBANGKAN RANGKAIAN KEDAI SSF

Dalam usaha membawa lebih banyak pilihan perabot dan kelengkapan rumah kepada pengguna, SSF terus memberi tumpuan kepada pembukaan cawangan baharu serta meningkatkan kecekapan operasi kedai sedia ada.

CAWANGAN BARU MELAKA

Selepas membuka cawangan di Jerantut dan Mega Square, Kuantan antara Ogos hingga Oktober 2026, SSF turut merancang membuka sebuah lagi cawangan di Ayer Keroh, Melaka pada 27 November 2026.

Menurut Pengarah Eksekutif SSF Home Group Berhad, Lok Kok Khong, Kumpulan akan terus memperkukuh kehadiran runcit sambil menawarkan konsep Gaya Baharu, Nilai Besar menerusi pilihan kediaman yang bergaya, praktikal dan mampu milik.

RANCANG GUDANG SENDIRI DI PULAU INDAH

Bukan sekadar menambah cawangan, SSF turut merancang memperkukuh operasi logistik menerusi cadangan pemerolehan tanah perindustrian di Pulau Indah, Selangor bernilai RM42.47 juta.

Perancangan ini bertujuan membangunkan kemudahan gudang dan pengedaran sendiri bagi meningkatkan kecekapan operasi, memudahkan pengurusan stok serta mengurangkan kebergantungan kepada sewaan gudang dalam jangka panjang.

Langkah tersebut juga dijangka membantu SSF menyokong perkembangan rangkaian perniagaannya pada masa hadapan.

PEMBAYARAN DIVIDEN

Dalam perkembangan lain, SSF turut mengumumkan pembayaran dividen interim satu peringkat sebanyak 0.5 sen bagi setiap saham biasa, berjumlah RM4 juta, pada 30 September 2026.

Walaupun berdepan cabaran seperti peningkatan kos pengeluaran dan logistik, tekanan inflasi serta ketidaktentuan geopolitik, SSF kekal optimis dengan prospek perniagaannya.

Kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada pembukaan cawangan secara strategik, penawaran produk berbaloi, kawalan kos dan pengurusan inventori bagi menyokong pertumbuhan seterusnya.

Bagi peminat dekorasi dan kelengkapan rumah, nampaknya lebih banyak pilihan SSF bakal hadir untuk memudahkan korang mencantikkan ruang kediaman!


By Nannie Isa

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *