FNF MOTORSPORTS DIBINA DALAM 7 HARI | VISI BAHARU MALAYSIA

FNF Motorsports: Dibina Dalam 7 Hari, Bawa Visi Baharu Motorsports Malaysia. Daripada pasukan perlumbaan kepada ekosistem baharu motorsports, sport tourism, lifestyle dan pembangunan bakat

FNF MOTORSPORTS

Dalam dunia perniagaan, ada kalanya sesuatu idea tidak perlu menunggu sehingga semuanya sempurna untuk dimulakan.

PLATFORM BAHARU

Bagi usahawan muda Ali Imran Che Ahmad Shakri, hanya tujuh hari diperlukan untuk mengubah sebuah idea menjadi realiti apabila beliau membentuk FNF Motorsports – sebuah platform baharu yang bukan sekadar mahu membawa FNF ke litar perlumbaan, tetapi menjadi permulaan kepada visi lebih besar dalam dunia motorsports.

FNF Motorsports diasaskan Ali Imran dengan visi membina ekosistem motorsports, sport tourism dan lifestyle

“BUILT IN 7 DAYS, BUILT FOR THE FUTURE”

Itulah falsafah yang menjadi asas kepada penubuhan FNF Motorsports.

Namun, di sebalik pembentukan pantas itu, FNF mempunyai sasaran yang jauh lebih panjang – membina ekosistem yang menghubungkan motorsports, automotif, sport tourism, lifestyle, hiburan, kandungan digital, komuniti, penajaan dan pembangunan bakat.

BUKAN SEKADAR BERLUMBA

Menurut Pengasas FNF Motorsports, Ali Imran, tujuh hari bukan sekadar simbol kepada kepantasan membuat keputusan. Sebaliknya, ia mencerminkan budaya keusahawanan FNF yang berani mengambil peluang, bertindak dan belajar sepanjang perjalanan.

“Dalam perniagaan, kadangkala kita tidak boleh menunggu segala-galanya sempurna. Kita perlu berani bermula. FNF Motorsports dibina dalam tujuh hari, tetapi apa yang kami mahu bina selepas itu adalah sesuatu yang jauh lebih besar dan berjangka panjang,” katanya.

PLATFORM BINA JENAMA

Bagi FNF, motorsports tidak dilihat semata-mata sebagai sukan atau pertandingan. Ia merupakan satu platform untuk membina jenama, perniagaan, komuniti dan lifestyle.

FNF Motorsports diasaskan Ali Imran dengan visi membina ekosistem motorsports, sport tourism dan lifestyle

“We don’t just want to race. We want to build a lifestyle.”

Konsep tersebut menjadi asas kepada strategi FNF untuk menghubungkan dunia perlumbaan dengan automotif, fesyen, hiburan, kandungan digital, pengalaman pelanggan serta komuniti peminat motorsports.

MOTORSPORTS SEBAGAI BUSINESS PLATFORM

FNF melihat potensi besar motorsports untuk berkembang menjadi sebuah business platform yang menawarkan pelbagai peluang komersial.

FOKUS JANGKA PANJANG

Antara fokus jangka panjang yang dikenal pasti termasuk pembangunan sport tourism, penerokaan peluang dalam industri automotif termasuk Approved Permit (AP), penganjuran pertandingan motorsports sendiri, penajaan, kolaborasi strategik serta kerjasama bersama pemain industri.

Pada masa sama, FNF Motorsports mahu membuka peluang kepada perniagaan pihak ketiga untuk menyertai ekosistem tersebut menerusi model sponsorship, collaboration dan partnership.

FNF Motorsports diasaskan Ali Imran dengan visi membina ekosistem motorsports, sport tourism dan lifestyle

Pendekatan ini membolehkan jenama daripada pelbagai industri menggunakan motorsports sebagai platform pemasaran dan engagement, sementara FNF pula membangunkan ekosistem yang memberikan nilai kepada rakan strategik.

SPORT TOURISM JADI SEBAHAGIAN DARIPADA VISI FNF

Antara aspirasi utama FNF Motorsports ialah melihat motorsports sebagai sebahagian daripada perkembangan sport tourism di Malaysia. Bagi FNF, acara perlumbaan bukan hanya mengenai apa yang berlaku di litar.

Ia turut mempunyai potensi untuk menarik peserta, peminat, penaja dan pelancong ke sesuatu destinasi.

BUKAN SAJA TENTANG PERLUMBAAN TETAPI

“Apabila kita bercakap tentang sport tourism, kita bukan bercakap tentang perlumbaan sahaja. Kita bercakap tentang orang datang ke sesuatu lokasi, tinggal di hotel, makan, membeli-belah, menikmati hiburan dan membawa pulang satu pengalaman.

“Itulah lifestyle ecosystem yang kami mahu bina,” jelas Ali Imran.

FNF Motorsports diasaskan Ali Imran dengan visi membina ekosistem motorsports, sport tourism dan lifestyle

Konsep ini membuka peluang untuk motorsports digabungkan dengan hospitality, makanan, hiburan, pelancongan, kandungan digital dan aktiviti komuniti bagi menghasilkan pengalaman yang lebih menyeluruh.

DARIPADA MENYERTAI PERLUMBAAN KEPADA MEMILIKI PLATFORM SENDIRI

Dalam jangka panjang, FNF turut menyasarkan untuk bergerak daripada sekadar menyertai perlumbaan kepada kemungkinan menganjurkan dan memiliki platform pertandingan motorsports sendiri.

https://www.kitepunye.com/fnf-motorsports-dibina-7-hari-motorsports-malaysia/

Platform sebegini boleh menjadi ruang untuk memperkenalkan bakat baharu, membangunkan komuniti peminat, menarik penaja serta mewujudkan peluang komersial kepada rakan strategik dan pemain industri.

Menurut Ali Imran, matlamatnya bukan sekadar menghasilkan sebuah acara motorsports. Sebaliknya, FNF mahu membangunkan sebuah motorsports property yang mampu berkembang dari masa ke masa.

FNF MAHU BINA BAKAT MELALUI TVET

Di sebalik perlumbaan dan aspek komersial, pembangunan modal insan turut menjadi antara komponen penting dalam visi FNF. Melalui cadangan penubuhan TVET Academy, FNF melihat peluang untuk menyediakan pendedahan kepada generasi muda dalam bidang kemahiran automotif dan motorsports.

Antara bidang yang berpotensi diberi perhatian termasuk mekanik, kejuruteraan automotif, motorsports, pengurusan pasukan serta bidang sokongan berkaitan.

FNF Motorsports diasaskan Ali Imran dengan visi membina ekosistem motorsports, sport tourism dan lifestyle

“Kalau kita mahu membina industri motorsports yang sebenar, kita tidak boleh hanya membina kereta dan pasukan. Kita perlu membina manusia. Sebab itu TVET adalah sebahagian daripada visi kami. Kami mahu memberi peluang kepada anak muda untuk melihat motorsports sebagai industri dan kerjaya, bukan hanya sebagai hobi,” katanya.

Pendekatan ini boleh membuka perspektif baharu kepada golongan muda bahawa industri automotif dan motorsports mempunyai pelbagai laluan kerjaya di luar menjadi seorang pelumba.

PERSONAL BRANDING ALI IMRAN BERGERAK SEIRING FNF

Dalam masa sama, perjalanan FNF Motorsports turut menjadi sebahagian daripada strategi personal branding Ali Imran sebagai seorang usahawan.

FNF Motorsports diasaskan Ali Imran dengan visi membina ekosistem motorsports, sport tourism dan lifestyle

Beliau mahu kisah tujuh hari membina pasukan tersebut menjadi sebahagian daripada cerita keusahawanan yang memperlihatkan keberanian mengambil risiko, membuat keputusan pantas dan mengubah idea kepada tindakan.

“Personal branding bukan sekadar bercakap tentang siapa kita. Ia tentang apa yang kita bina dan apa yang kita lakukan. Jadi, biarlah perjalanan FNF Motorsports itu sendiri menjadi cerita – dari tujuh hari pertama sehingga apa yang kita mampu bina untuk lima, 10 atau 20 tahun akan datang,” katanya.

BUILT IN 7 DAYS, BUILT FOR THE FUTURE

Penubuhan FNF Motorsports dalam tempoh tujuh hari mungkin kelihatan seperti satu permulaan yang pantas. Tetapi bagi FNF, tujuh hari itu hanyalah bab pertama.

Visinya jauh lebih besar – daripada motorsports kepada sport tourism, daripada lifestyle kepada business, daripada sponsorship kepada strategic partnership serta daripada perlumbaan kepada pembangunan bakat.

FNF Motorsports diasaskan Ali Imran dengan visi membina ekosistem motorsports, sport tourism dan lifestyle

“Ini baru permulaan. Tujuh hari pertama sudah membuktikan bahawa kita boleh bermula dengan pantas. Sekarang cabarannya ialah bagaimana kita membina sesuatu yang mempunyai nilai, mempunyai komuniti dan boleh bertahan untuk jangka panjang,” kata Ali Imran.

Dengan FNF Motorsports sebagai salah satu platform baharu dalam ekosistemnya, FNF kini membuka ruang kepada penaja, pelabur, rakan strategik, jenama automotif, syarikat korporat, pemain industri dan rakan kolaborasi untuk bersama-sama membina fasa seterusnya.

FNF Motorsports. Built in 7 Days. Built for the Future.