Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Spritzer Menjadi Isu Hangat, Ini Jawapan Untuk Persoalan|Spritzer, nama ini secara tetiba menjadi perhatian dan bualanorang ramai. Ramai yang tertanya dan mencari jawapan kepadanya .

Kebetulan KP dijemput bersama rakan-rakan yang lain mengikuti pengembaraan untuk mencari jawapan. Jawapan kepada persoalan yang sedang bermain diminda masing-masing.

Spritzer

Pengembaraan Spritzer Bermula

Seawal jam 7 pagi sudah berkumpul dan ternyata bukan sikit penuh satu bas untuk turut serta ye! Destinasi kami adalah ke Taiping. Dalam perjalanan ke Taiping, kami di uji dengan pelbagai soalan. Mencabarnya adalah kena menulis dalam bas yang bergerak

Spritzer signboard
Spritzer signboard

Soalan-soalan

Antara soalan yang di utarakan lebih kepada seisi pengenalan diri atau orientasi. Tidak semua yang ikuti pengembaraan ini kenal antara satu sama lain bukan. Jadi soalan seperti

  • Dapatkan 3 nama penuh rakan sosial media yang lain jantina. Untuk pengembaraan ini dibawa khas oleh bro framestone

Antara soalan yang lain yang ada ialah

  • Senaraikna segala exit dan juga R&R yang di lalui sepanjang perjalanan ke destinasi.  – Time yang nie memang kelakar sebab ada yang tak tidur untuk mendapatkan jawapan. Ada pula yang menggunakan khidmat google untuk mencari jawapan.

Mencabar tak mencabar at least perjalanan pergi kami penuh dengan riuh rendah. Sebab masing-masing nak mencari jawapan yang betul. Dari tak kenal jadi kenal.

Kilang Air Spritzer

Bila dah nampak signboard Spritzer secara tak langsung debaran dan rasa teruja makin ada. Mana taknya tujuan pengembaraan untuk mencari jawapan pada setiap persoalan.

Disambut dengan meriah dan mesra oleh staf-stad di sana.Seolah seperti rombongan lawatan sambil belajar sewakti di sekolah. Sebelum segala persoalan di jawap kami dihidangkan dengan pelbagai perisa air keluaran Spritzer.

Antara produk Spritzer

Tak sangka rupanya kilang Spritzer mengeluarkan pelbagai jenis air. Ingatkan air mineral saja rupanya tidak ya!

Kenangan di Taiping

Latar belakang Spritzer

Sewaktu menjamu hidangan air, kami dikongsikan tentang latar belakang syarikat dan kilang Spritzer. Rupanya 400kaki dari bawah tanah punca dan juga sumber air mineral. Keluasan kilang 330 ekar yang memang luas lahkan.

Bila ke sini rasa nyaman dan sejuk. Mana taknya dikelilingi dengan banyak pokok -pokok dan tumbuhan lain. Bertanyakan tentang Halal, Spritzer telah mendapat banyak anugerah dan juga sijil Halal dari JAKIM untuk kelulusannya.

Antara sijil dan anugerah

KP dan rakan lain diberi peluang untuk lihat sendiri bagaimana air mineral Spritzer di buat. Daripada mula hinggalah ke pembungkusan. Banyak rupanya proses dipelajari semasa di sini .

Persoalan & Jawapan

Persoalan pertama: Kilang berdekatan dengan Jirat Cina?

Ya, Ini diantara yang menjadi topik hangat. Sebenarnya apabila KP sendiri pergi melawat lokasi kilang sebenarnya jauh lagi dari jirat Cina atau nama lain kubur Cina. Ada dalam 15 minit juga perjalanan dari kilang ke jirat Cina.

Mustahil desas-desus mengatakan air Spritzer adalah dari jirat Cina itu betul. Air ini selamt diminum ya tanpa was-was.

Jirat Cina

Persoalan kedua: Ada yang mengatakan air yang Spritzer proses setiap hari adalah dari air kuning?

Jawapannya : TIDAK!. Bukan nak kata ‘defend’ Spritezer tetapi jika datang ke sini anda pasti tahu yang sebenarnya ia terletak di Jalan Air Kuning. Takkanlah kilang dan pihak sanggup memproses air kuning untuk dipasarkan.

Lokasi Jirat Cina

Ini diantara jawapan yang dicari pada persoalan yang bermain diminda. Mana taknya tetiba dikatakan dari sumber yang tidak sah, tidak elok dan kualiti tidak dijaga.

Seperti ‘lawatan sambil belajar’, gambar kenangan di sini wajib ada. Dengan rakan media dan juga staff disini. Terima kasih kerana menjawap persoalan kami siap dengan bukti ya.

Bergambar bersama

Ini adalah antara staff Spritzer yang senantiasa tersenyum dan membantu kitepunye dalam segala persoalan. Senyuman sentiasa di bibir mereka dari mula hingga akhir.

Staff Spritzer

Dan inilah antara rakan sosial media yang turut hadir. Sebenarnya ramai lagi tapi biasalah lebih pada low profile kan.

Kenangan di Taiping

Disclaimer: masa nie baru lagi berjinak dengan dunia blog. Gambar yang diambil di collage-kan .



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge