Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1MALAYSIA GRAND PRIX SALE TREKSELEBRITI BANDAR SUNWAY | 2014, Kempen Tahun Melawat Malaysia. Semestinya Malaysia amat bangga dengan pelbagai budaya yang dapat dikongsi bersama pelancong asing semasa ke sini.
Umum tahu bahawa bulan Mac, bulan yang di nantikan oleh ramai pihak kerana bulan inilah karnival jualan “shop till you drop” akan berlangsung. Tahun ini karnival ini akan di kenali dengan 1Malaysia Grand Prix Sale.
Petronas Malaysia Formula 1 Grand Prix
Kempen ini diadakan bersempena dengan Petronas Malaysia Formula 1 Grand Prix. Satu majlis pelancarandi adakan di Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid. Bukan itu sahaja, ianya akan di meriahkan lagi dengan acara hiburan tanpa henti yang bakal di adakan pada 16 Mac 2014.
Program 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti bakal melibatkan penyertaan lebih 20 orang artis tempatan. Dimana akan memeriahkan lagi pentas Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid.
Antara artis dan selebriti yang akan hadir adalah Ella, Nico, VIP Group, Adam AF. Ada lagi seperti Iqwal Hafiz, KOOL, A to Z. Tidak lupa pada Amariz, Altimet,Modjo, Aweera dan lain lain lagi.
Acara yang berkonsepkan hiburan dan sesi ramah mesra bersama peminat. Bakal membawa tetamu mendekati aspirasi pelancongan negara yang kian terkenal sebagai destinasi membeli- belah pilihan pelancong dunia.
Malaysia syurga membeli-belah di Asia.
Pelbagai variasi produk di tawarkan seperti pusat-pusat membeli-belah bertaraf dunia, pasar malam, kedai-kedai vintaj. Bukan itu sahaja ianya pasti memberikan para pelancong nilai yang berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan.
Malaysia telah dinobatkan berada di tangga ke-4 di antara 12 Bandaraya Membeli-belah Terbaik di Dunia oleh CNN. Kuala Lumpur kini berdiri sama tinggi dengan Paris, Hong Kong, Dubai dan Milan. Antara yang terbaik dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang cukup unik!
1Malaysia Grand Prix Sale
Kuala Lumpur menawarkan harga terbaik, kualiti yang bermutu, pelbagai pilihan jenama dan servis kelas dunia. Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang carnival 1Malaysia Grand Prix Sale adalah ‘showcase’ Petronas Malaysia Formula1 Grand Prix,
Bakal berlangsung selama sembilan hari bermula 22 Mac di Concourse, Suria KLCC. Pelbagai aktiviti akan diadakan di sini seperti pada 23 Mac, Petronas akan mengadakan ‘Motorsport Demo Run’ di perkarangan KLCC.
Sambutan Hari Jadi buat Wafa dari kami semua.
F1 Simulator Challenge
Tarikan utama adalah F1 Simulator Challenge yang terbuka kepada semua pemegang tiket F1. 10 pemandu dengan masa terpantas di setiap lokasi akan bertanding pada pusingan akhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 Mac.
sebuah kereta Nissan Almera NISMO bernilai RM92,000 menunggu pemenang utama! Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tawaran diskaun terhebat sepanjang karnival 1MGPS 2014.
KP di belakang tabir bersama rakan sosial media yang lain. Selamat membeli-belah!!!
artikel mac 2013