SPRITZER ECOPARK SERI DENGAN DEKORASI TANGLUNG DAN FLORA, BEST!

SPRITZER ECOPARK SERI DENGAN DEKORASI TANGLUNG DAN FLORA, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa yang menarik kali ini, adalah dari dekorasinya.

SPRITZER

Menggunakan air botol secara kreatif dengan tujuan tarikan baharu. Salah satu tarikan ialah pokok setinggi 28 kaki yang menakjubkan.

Dihasilkan daripada beribu-ribu air botol Spritzer kitar semula bersama bunga peoni merah jambu dan merah.

Pengunjung boleh datang melawat di tapak hiasan sehingga 5 Februari 2023, termasuk hari cuti Tahun Baru Cina di Spritzer Ecopark

Tarian singa pula akan diadakan pada 26 Januari 2023 sebagai simbolik untuk membawa tuah.

SPRITZER ECOPARK

ABADIKAN DETIK KENANGAN DI SPRITZER ECOPARK

Mereka yang datang ke sini boleh mengabadikan detik-detik kenangan bersama-sama ahli keluarga dan kawan-kawan.

Sambil berjalan-jalan dalam terowong cantik yang dipenuhi dengan hiasan bunga dan air botol kitar semula, rumah dome yang meriah .

Juga gazebo yang menarik dan dihiasi oleh flora, tanglung merah dan juga air botol Spritzer.

SPRITZER ECOPARK

PERCUMA KE?

Kemasukan adalah percuma namun pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM10 di kedai cenderamata dan kedai air akan menerima paket angpow Spritzer secara percuma.

Simpankan resit pembelian produk air Spritzer untuk menyertai pertandingan atas talian “The SYOK Goes On With Spritzer”. Berpeluang memenangi jongkong emas yang berjumlah RM100,000 dan hadiah SYOK yang lain.

SPRITZER ECOPARK

AMALKAN KITAR SEMULA

Syarikat sentiasa berusaha untuk merangkumi aspek kemampanan untuk mengamalkan kitar semula. Turut menggalakkan semua untuk mengamalkan amalan baik kitar semula dalam kehidupan harian anda.

Akhirnya Spritzer ingin sekali lagi mengalu-alukan para pengunjung datang dan meriah di Spritzer EcoPark pada cuti Tahun Baru Cina Arnab yang akan datang ini!

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge