SONG JI HYO HADIR DI PELANCARAN GLUTANEX, AMAZING| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Waa, terasa macam tak percaya apabila mendapat undangan yang Mong JI atau lebih dikenali Song Ji Hyo datang ke Malaysia.

SONG JI HYO

Song Ji Hyo di jemput ke Malaysia untuk sama-sama meraikan pelancaran Glutanex iaitu produk kecantikan dari Korea di pusat membeli-belah Tropicana Gardens.

GLUTANEX

Produk kecantikan Korea yang mempunyai ‘gluthatione’ iaitu antioksidan paling kuat sebagai ramuan utama. Ia juga pelopor dalam bidang pencerahan dan pemutihan kulit.

SONG JI HYO X Glutanex

Dilancarkan pada 11 November 2022 dan sekali gus menjadi jenama produk kecantikan Korea atau lebih dikenali sebagai produk K-Beauty yang terbaharu di pasaran Malaysia.

DUTA GLUTANEX

Duta Jenama Glutanex yang juga peserta rancangan realiti Running Man kegemaran ramai, Song Ji Hyo telah hadir memeriahkan majlis pelancaran.

Mong Ji kelihatan mesra melayan peminat sewaktu hari pelancaran dimana produk ini mempunyai keupayaan untuk menyerikan, menyihatkan, mencerahkan dan melembapkan kulit wajah!

SONG JI HYO X Glutanex

PELBAGAI AKTIVITI

Banyak aktiviti menarik diadakan untuk peminat dan pengunjung. Ini termasuk permainan seperti Batu Seremban, Mesin Angin Tangan, Putar Roda, mainan Korea – Ddakji.

Tidak lupa juga ceramah oleh pakar perubatan kecantikan yang memberikan maklumat bermanfaat tentang penjagaan kulit buat mereka

UBAH HALUAN DALAM DUNIA KECANTIKAN KOREA

Djangka akan mengubah haluan dalam dunia kecantikan Korea, dengan mengguna ‘glutathione’ sebagai ramuan utama.

“Kecantikan sejati adalah apabila anda rasa yakin dengan diri anda sendiri. Di Glutanex, misi kami adalah untuk memperkasakan anda supaya anda merasa yakin dengan kulit anda sendiri.

SONG JI HYO X Glutanex

Produk kami yang inovatif dirumus rapi dengan ‘glutathione’ gred perubatan.

Bukan sahaja untuk memastikan keberkesanannya mencerahkan dan memutihkan kulit tetapi juga lembut sekalipun pada kulit sensitif,” 

-kata Hyun Yoo-Jin, Pengarah Perniagaan Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Nexus Pharma Co., Ltd.

ANTARA PRODUK GLUTANEX

Glow Balm – Boleh diguna di mana-mana sahaja anda berada tidak kira masa diperbuat dengan glutathione, minyak seaberry dan peptida.

Balsam ini melembapkan, menggebukan dan menyerikan kulit anda dengan serta-merta. Ia juga mengurangkan kedutan dan mencantikkan warna kulit.

SONG JI HYO X Glutanex

Aqua Booster

Krim penghidratan kulit muka yang menyamankan dan melembapkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan tegang, dan kulit suram.

Tekstur yang ringan memberi kesan penyejukan pada kulit untuk mempercepat dan mempermudah penyerapan.

Snow White Cream

Untuk mereka yang mengalami masalah kulit termasuk kesuraman warna kulit, pigmentasi, kecelaan dan tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut dan bergaris-garis halus.

Sebagai krim pemutih dan penyegar kulit muka, ia dirumus untuk mengekang melanin dan mencerahkan kulit.

Mempunyai tekstur tidak melekit yang boleh digunakan dengan selesa selepas membersihkan muka dan menggunakan penyegar pada waktu pagi.

SONG JI HYO X Glutanex

Night Serum

Membaiki dan membelai kulit anda semasa anda tidur. Ramuan utamanya termasuk glutathione.

Bertindak sebagai antioksidan pencerah kulit, kolagen untuk keanjalan dan penghidratan, serta vitamin untuk kesihatan kulit.

Cica Cream

Berkesan melegakan keradangan dan melembutkan kulit sambil menguatkan rintangan kulit. Diperbuat daripada empat ramuan utama; glutathione pemutih yang mencerahkan bahagian kulit gelap,

Terbukti secara klinikal bersifat hipoalergenik (tidak menimbulkan alahan) yang biasa digunakan di klinik sebagai krim selepas rawatan.

SONG JI HYO X Glutanex

DAPATKAN PRODUK DI

Buat anda peminat K-Beauty boleh dapatkan di saluran e-dagang, terus dari rak kedai farmasi runcit Malaysia, bermula dengan gedung-gedung Watsons.

Website| Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge