Skate Malaysia 2017 Anjuran Sunway Pyramid Ice Untuk Tahun ke-11

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Skate Malaysia 2017 anjuran Sunway Pyramid Ice untuk tahun ke-11 dimana pada mulanya hanyalah sebuah impian dan bertukar menjadi kenyataan. Untuk kali ke 11, Sunway Pyramid Ice selaku tuan rumah telah mendapat sokongan dari Ice Skating Association of Malaysia (ISAM) jua Kementerian Belia & Sukan.

Skate Malaysia adalah acara figure skating antarabangsa yang disahkan oleh Institut Gelombang Ais Asia untuk membangunkan sukan yang dimainkan sewaktu musim sejuk seperti di Wilayah Asia Tenggara, China, UAE Dan lain-lain. Acara figure skating ini dihadiri oleh peluncur dari seluruh negara Asia, dan telah menampakkan hasil yang signifisi ke arah mencapai matlamat ISI Asia untuk membangunkan sukan musim sejuk di Asia. Turut hadir En. Kevin Tan, Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, En. Harry Janto, President ISI Asia, En. Alex yeung, Pengarah Eksekutif ISI Asia dan En. Billy Johan, Presiden Ice Skating Association of Malaysia (ISAM).

Skate Malaysia 2017 sedang berlangsung dari 29 Jun sehingga 2 Julai 2017 di Sunway Pyramid Ice bermula jam 10.00 pagi. Kejohanan 4 hari ini telah dimulakan pada petang 29 Jun 2017 dengan perarakan bendera dari negara-negara yang mengambil bahagian seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Cambodia, Taiwan dan Macau. Kemudian dihiburkan dengan persembahan anak-anak comel dari Akedemi Skating Sunway Pyramid Ice dan persembahan solo dari bakat yang lahir di Sunway pyramid Ice iaitu Chia Cheng Wei.

Persembahan dari  Chia Cheng Wei.

Persembahan dari anak anak cilik

“Sebagai pelopor sukan luncur ais di negara ini, ia merupakan satu penghormatan bagi kami untuk menganjurkan acara bertaraf antarabangsa ini dan satu penghargaan buat kami dalam memainkan peranan penting mendidik ribuan orang tentang keseronokan meluncur ais. Meluncur ais di gelanggang ais seolah-olah seperti impian yang mustahil kerana ia hanya boleh ditemui di negara-negara yang beriklim sejuk. Oleh itu, kita berbangga menjadi antara yang terdahulu membawakan sukan luncur ais ke negara ini”,

kata En Kevin

Sunway Pyramid Ice kini menjadi tumpuan peluncur ais samada yang baru bermula, peringkat pertengahan mahupun yang sudah maju dalam sukan ini. Antara nama besar Malaysia yang telah dilahirkan dalam sukan ini adalah Julian Yee Zhi Jie , seorang figure skaters yang kini semakin hampir untuk melayakkan dirinya untuk kejohanan Olimpik Musim Sejuk 2018 (2018 Winter Olympics) yang akan berlansung di Pyeongchang, Korea Selatan.

Akademi Sunway Pyramid Ice telah melatih lebih daripada 6,000 pelajar, ada juga yang telah meneruskan impian mereka menjadi jurulatih professional dan bergerak aktif dalam kejohanan antarabangsa.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge