SIRI JELAJAH EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2022 BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jarang sekali dapat melihat atau tonton tari tarian tradisional . Macam joget, zapin mahupun inang.
SIRI JELAJAH EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA
Tarian tradisi zapin bukanlah baru buat KP. Pernah dahulu bersama dengan ‘geng Rakan Muda’ untuk turut bertanding di peringkat daerah dan negeri. Alhamdulilah berjaya untuk mendapat top 3. Rindu zaman muda dulu.
MALAY WORLD CULTURAL PARADISE
Festival Perkampungan Budaya Melayu “Malay World Cultural Paradise” bakal menjadi tarikan sektor pelancongan nombor 1 di Malaysia, bukan hanya dikalangan masyarakat setempat bahkan acara ini akan mengangkat kebudayaan melayu ke peringkat antarabangsa.
OBJEKTIF FESTIVAL
Antara objektif festival ini untuk membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya melayu. Khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat dan pada masa yang sama meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan.
#SAVEIRAMAMALAYSIA
Program ini juga kesinambungan daripada kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh penyanyi etnik negara Noraniza Idris.
Menurut Noraniza Idris atau lebih mesra dkenali sebagai Kak Ani yang merupakan pengasas program modal insan “Malay World Cultural Paradise”,
Perancangan 2022 akan menjadi satu titik tolak dalam usaha membangunkan seni dan budaya. Ini untuk lebih dekat dengan masyarakat generasi pelapis secara agresif. Walaupun masih menghadapi kekangan pandemik dan penajaan yang kurang memberangsangkan.
Namun ianya bukan penghalang untuk meneruskan program memandangkan dalam usaha mengembalikan budaya melayu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ini pastinya akan mendapat sambutan
SIRI JELAJAH EMPAYAR
Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara akan bermula selama 3 hari di setiap destinasi pilihan. Dan destinasi pertama adalah di AEON Mall Shah Alam Selangor pada 10 sehingga 12 Disember 2021. Dari jam 10 pagi – 10 malam.
Seterusnya program ini akan menjelajah ke 7 destinasi negeri pilihan iaitu Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur. Dijangkakan ianya akan bermula dari Januari sehingga Jun 2022.
Matlamat siri jelajah Malaysia ini juga bertepatan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran peringkat global ke arah menjana pendapatan dan juga profesion pilihan.
AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA DI AEON MALL SHAH ALAM
Tiga hari berkampung di Shah Alam dengan pelbagai program disediakan. Antara program yang telah dijalankan seperti:-
- Pertandingan permainan Zapin secara spontan iaitu Tingkah Geruh peringkat zon untuk mencari 16 peserta yang akan mara ke peringkat kebangsaan.
- Pertandingan nyanyian “Irama Malaysia Academy Awards”
- Pertandingan MUA Awards Kategori Cilik dan Dewasa
- Pertandingan Peragaan Busana Kategori dewasa
- Pertandingan Permainan Rakyat Congkak, Dam Ular, Batu Seremban dan Bowling Kampung.
- Pertandingan Treasure Hunt
Majlis pra-pelancaran Festival Perkampungan Budaya Melayu “Malay World Cultural Paradise” telah disempurnakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. 11 kumpulan berentap untuk merebut kedudukan paling tertinggi bagi melayakkan diri ke peringkat kebangsaan.
Berharapa dengan adanya siri jelajah seperti ini dapat menarik lebih ramai lagi penggiat seni dan budaya di luar sana untuk tampil ke hadapan. Menyokong segala usaha untuk mengembalikan kegemilangan budaya warisan Malaysia mahupun berkongsi ilmu.