Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula ….

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula …. |Jika sebelum ini di Putrajaya tetapi kini KP ke Seremban pula untuk support office event “Le de Tour Langkawi”. Walaupun pit stop di Rembau tapi kami berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban. KP memang teringin ke sini daripada dulu lagi kerana ramai yang memberikan review terbaik tentang hotel ini. Kali ini memang KP tidak sempat langsung untuk ronda-ronda di hotel atas tugasan office dari 8pagi hingga 10malam. Jadi KP cuma sempat rakamkan gambar bilik sahaja

Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula ....

Sedikit informasi tentang Royale Bintang Resort & Spa Seremban

Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula ....

Ianya 9 minit berjalan kaki dari Stesen Kereta Api Seremban. Hotel berbintang 4 bintang in cuma 2 km dari  hotel mewah ini Terminal 1 Shopping Centre dan 12 km dari Rasah Kemayan Golf And Country Club. Royale Bintang Resort & Spa Seremban mempunyai 345 bilik dan suite. Terdapat tiga (3) kategori bilik dan lima (5) kategori suite tetamu. Terdapat juga dua bilik (2) direka khas untuk tetamu kurang upaya.

Jom layan bilik yang KP menginap untuk kali ini.

Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Almari macam “old skool” mengingatkan kembali zaman atuk dan nenekBerkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Lengkap dengan bantal extra dan security deposit.
Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Seterika juga dah disediakan di dalam setiap bilik jadi tidak perlu lagi call housekeeping.  Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Sejadah juga disediakan buat mereka yang menginap. Sungguh KP terharu kerana bukan semua hotel menyediakan sejadahBerkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Tempat letak beg atau bagasi bersebelahan dengan meja solek.
Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Meja tulis atau meja tugasan buat mereka yang memerlukannya. Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Inilah katil Standard Room untuk KP tidur malam ini. Moga tidurku lena malam ini
Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Siap dengan sofa berwarna kuning seakan raja bila duduk berehat di sofa iniBerkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Tempat wajib ialah tandas. Kali ini lain dari yang lain kerana ada bath tub wei kat dalam tandas bilik ini.
Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula ....Bestnya malam ni dapat berendam ala ala mat salleh (hahahah)
Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Sinki yang luas dan semestinya teratur dengan barang keperluan Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula .... Toiletries yang ada di sini. Seperti Raja bukan, siap dengan berus gigi dan apa dalam kotak tu? Barang keperluan lain yang diperlukan seperti shower cap, cotton bud dan lain-lain.Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula ....

Swimming pool yang tak sempat KP rakamkan sebagai kenangan.Semestinya KP berhajat untuk datang sekali lagi ke sini bersama ahli family yang lain untuk menikmati penginapan di sini sambil menggunakan fasiliti yang ada seperti swimming pool, spa dan juga gym. Walaupun KP ke sini satu malam sahaja tapi ianya masih stay yang terindah kerana setiap staff yang ada tidak pernah lokek dengan senyuman dan membantu bila ditanya.

Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula ....

Dari parking – pintu masuk- front desk sewaktu check in- menjamu selera untuk makan malam- dan ketika check out terasa kedatangan KP ini di alu-alukan. Insyallah KP bakal kembali dan harap ianya kekal seperti apa yang KP alami. Nak ke mana lepas ini ? Lihat sahajalah kaki melangkah ke mana ye dan inginkan maklumat lanjut layari

 Website Royale Bintang Resort & Spa |

 



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge