Menginap di Dorsett Putrajaya, Teringat Kisah Sewaktu ..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Menginap di Dorsett Putrajaya, Teringat Kisah Sewaktu .. |Weekend yang lepas KP turun padang – Putrajaya untuk membantu dan memberi support untuk office event ‘Le de Tour Langkawi’ dimana KP memberi dan membantu para media yang hadir dari serata dunia untuk menghantar story mahupun gambar pada pihak produksi atau penerbitan. Dah terlanjur dari pagi hingga ke malam KP support, KP diberi penginapan di Dorsett Putrajaya sebuah hotel yang baru di area sini.

Dorsett Putrajaya

KP tidak berkesempatan untuk meronda setiap tingkat, iyalah kerana KP ke sini atas urusan kerja bukan? Tak mahulah nanti kata curi tulang. Apabila menginap di sini teringat kisah sewaktu di Putrajaya Food Trail tahun lepas di mana sewaktu itu Dorsett Putrajaya ini belum di buka lagi. KP dan Bella (juga blogger) dengan beraninya menjadi kontraktor tidak bertauliah dan naik sehingga tingkat 9 area swimming pool semata-mata ingin mendapatkan shot terbaik untuk tugasan kami sewaktu itu. Langkah kanan dimana hasil tangkapan kami menjadi pemenang untuk tugasan yang di beri.

Sedikit informasi tentang Dorsett Putrajaya

Ianya baru di buka pada 16 Januari 2016 dan masih belum beroperasi sepenuhnya. Menerima tempahan dari pelanggan dan buat masa ini cuma 3 tingkat sahaja yang baru beroperasi kerana yang lain masih lagi dalam pembinaan. Berlokasi di Precint 3 dan bersebelahan dengan hotel ini ada kedai serbaneka “HERO” jika ingin membeli barang keperluan.

Hotel ini berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) ,Perbadanan Putrajaya, Kemeneterian Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan lain -lain

21

Jika anda ke sini terdapat pelbagai tempat boleh di lawati seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Putra, Putrajaya Maritime Centre, Putrajaya Lake Club, Taman Pancarona, Taman Seri Empangan dan juga IOI Mall City Putrajaya.

Gambar bilik Dorsett Putrajaya 

Layan gambar yang sempat KP rakamkan ye. Corridor untuk ke bilik
60 Inilah bilik penginapan KP. Comel aje burung yang terletak di ranting kayu di nombor bilik61 Tidak perlu risau tentang bantal extra, sejadah mahu pun security box. Semuanya ada di dalam almari
59 Inilah bilik penginapan KP kali ini. Queen size siap ada sofa disebelahnya. 45 Sofa untuk berehat setelah penat berkerja diluar49 Ini gambaran lain sebab request extra bed. Bukan KP seorang sahaja stay disini sebabkan datang atas urusan kerja. 44 Meja untuk membuat assignment mahupun tugasan yang diberikan. Luas dan selesa
50 Yang biasa di cari .. Tandas. Pintunya jenis yang tolak ye.
56 Shower room55 Sinki dan toiletries48 Comelkan toiletries yang disediakan. Berwarna-warni buat hati terpukau52 Oh ye ini adalah pemandangan dari balkoni bilik KP . Di tanah lapang ini sebenarnya tapak pasar tani yang selalu diadakan pada hari Selasa dan Jumaat46

Dan gambar terakhir yang ingin KP sharekan ialah swimming pool (gambar google aje sbb belum buka lagi)

Dorsett Putrajaya

Walaupun hotel baru tapi staff yang ada di sini melayan setiap tetamu mereka sebaik yang mungkin. Mungkin lain kali kalau berkesempatan KP dapat menginap lagi di sini dan kali ini dapat explore semua fasiliti yang ada ( buat masa ini gym, swimming pool and spa(kalau ada) belum siap lagi). Apapun terima kasih atas layanan ye. Next hotel ke mana pula? Jangan lupa check entri tau.Inginkan maklumat lanjut check

Dorsett Putrajaya Website |Facebook Dorsett Putrajaya



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge