Nama Falah makin rancak diperbualkan sehari dua ini. Ada yang sampai menangis atas pemergiannya..
SIAPA FALAH?
Jika anda mengikuti drama yang sedang dimainkan di layar TV, pastinya anda tahu akan Drama ini ‘Andai Tiada Dia’.
Drama Andai Tiada Dia sedang dimainkan di Astro Ria setiap Isnin – Jumaat jam 10malam. Antara pelakon yang terlibat adalah
MALAYSIA BERDUKA PEMERGIAN FALAH
Episod semalam, rata-rata rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian Falah ke alam abadi dalam drama fenomena dan popular ‘Andai Tiada Dia’.
Boleh dikatakan hampir semua peminat drama ini mengalirkan air mata, tidak kurang juga rakan-rakan artis seperti Nabil yang merupakan pengikut setia drama arahan Riza ini.
WASIAT DARI FALAH
“Malam ini merupakan episod terakhir, kalian semua tolong tengok- tengokkan Suri. Jangan bagi dia seorang diri, temanlah dia di episod terakhir ini. Saya percaya Suri akan buat keputusan yang betul dan bijak. Kalau tidak percaya, tengok malam ni,”
-wasiat ‘arwah Falah’ buat semua.
SIAPA LAKONKAN WATAK FALAH
Sejak awal kemunculan karakter Falah dalam drama 35 episod ini, lakonan Zahiril Adzim itu begitu melekat di hati para penonton. Watak Falah yang diharapkan oleh netizen untuk menjadi lelaki kiriman tuhan kepada Suri.
Akhirnya disahkan mati otak semalam dan hayatnya bergantung kepada mesin sahaja. Tetapi persoalannya adakah benar Falah mati? Apakah mungkin ada keajaiban yang bakal disajikan di dalam karya ini?
APA YANG TERJADI PADA INTAN?
Bagaimana pula dengan Intan, apakah akan ada pembalasan setimpal dengan segala yang telah dilakukan sebelum ini?
Semuanya bakal terjawab malam ini di dalam episod akhir Andai Tiada Dia jam 10 malam di Astro Ria.
Jangan lupa untuk bersedia dengan pelbagai emosi malam ini dan jangan ‘ditinggalkan’ juga ‘wasiat’ yang diberikan oleh Falah buat semua….