RUNNING MAN RUN 2 U LIVE IN KUALA LUMPUR.? Mana peminat Running Man di Malaysia? Masih ada lagi ke yang meminati mereka dan tak sabar untuk bertemu jika mereka ke Malaysia?
RUNNING MAN RUN 2 LIVE IN KUALA LUMPUR
Barisan artis Running Man Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan – bakal datang”berlari”ke Malaysia. Ini adalah 6 artis daripada rancangan hiburan TV popular Korea Selatan bakal singgah di Malaysia.
7 TAHUN MENANTI
Betul tu, 7 tahun peminat-peminat di Malaysia menantikan kehadiran mereka kembali ke Kuala Lumpur dan kini boleh menarik nafas lega. KENAPA? kerana mereka akan berada di sini pada 15 Februari 2025 di MIECC, Kuala Lumpur.
KONSERT RUNNING MAN RUN 2 LIVE IN KUALA LUMPUR
RUN 2 U LIVE IN KUALA LUMPUR yang dianjurkan oleh Sunstrong Entertainment bakal diadakan di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC) pada 15 Februari 2025; 5PM.
SIAPA ARTIS RUNNING MAN ?
Barisan artis Running Man Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan akan bersama-sama tampil bagi meraikan kejayaan berterusan rancangan ini.
Meraikan kejayaan berterusan rancangan ini; dengan pencapaian 732 episod dan menjadi rancangan hiburan TV yang paling unggul di Korea Selatan!
YU JAE SEOK DAN YANG SE CAN DATANG?
Berita baik dan kejutan kepada peminat Yu Jae Seok dan Yang Se Chan yang pertama kalinya datang ke Malaysia, mereka akan dapat bertemu dengan beliau secara langsung!
Bagi peminat Running Man, Yu Jae Seok amat digemari oleh penonton kerana penampilannya yang penuh pesona dan lawak jenaka. Disukai oleh penonton kerana gaya beliau yang humoris, serius, dan penuh semangat.
Kedatangan kali pertama mereka ke Malaysia bersama ahli-ahli lain akan menampakkan interaksinya dengan peminat, dan sesungguhnya akan menghiburkan semua orang.
HARGA TIKET
Dengan harga tiket: RM958, RM858, RM688, RM488, RM388 dan RM288. Penjualan tiket akan bermula pada 26 Disember, 2024 melalui laman web Bookmyshow dan TOYM
RANCANGAN RUNNING MAN
Rancangan hiburan TV Running Man telah bersiaran tanpa henti semenjak pelancarannya pada tahun 2010. Ia kini telah memasuki tahun ke-14 penyiaran dan terus kekal popular di seluruh dunia sehingga kini, terutamanya di rantau Asia.
BERTEMU PEMINAT
Bermula dari tahun 2013, artis Running Man sering berkunjung ke luar negara untuk bertemu dengan para peminat dan membawa keriangan di kalangan mereka. Selain daripada aksi-aksi artis yang lucu dan
mencuit hati, sudah tentunya rancangan permainan atau game-game yang kreatif, tidak kira mereka bertanding di Korea Selatan atau pengembaraan di mana-mana lokasi luar negara.
MENANGI PELBAGAI ANUGERAH
Selain itu, Running Man juga telah memenangi pelbagai anugerah semenjak penyiarannya di kaca TV. Antaranya termasuk Anugerah Program Paling Popular di “Anugerah Hiburan SBS Ke-4” 2010, Anugerah Program Paling Cemerlang di “Anugerah Hiburan SBS ke-5” pada 2011. Tidak lupa juga “Anugerah Hiburan SBS” selain anugerah yang diterima
Program ini turut memenangi “Anugerah Insider 2016” untuk program TV paling popular di dunia, dan menduduki tempat pertama dalam senarai rancangan hiburan TV Korea paling popular di iQiyi Taiwan pada 2018.