TRIAD: SATU LAGENDA ROCK, TIGA KUMPULAN IKONIK, SATU PENTAS!

Adakah anda pernah inginkan penyanyi utama menyanyi untuk kumpulan yang berbeza? Ini yang bakal terjadi di konsert Triad!

TRIAD

Buat julung kalinya, lagenda rock Malaysia, Dato’ Awie, yang terkenal dengan vokal hebat beliau, akan membuat kemunculan epik dalam sebuah konsert bersejarah iaitu TRIAD. Di mana beliau akan tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock ikonik: Wings, Search Kid Din, dan juga Dragon Malaya yang kini dianggotai Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae.

TRIAD: SATU LAGENDA ROCK, TIGA KUMPULAN IKONIK, SATU PENTAS!

Ditubuhkan pada tahun 1998, Dragon Malaya merupakan kumpulan pengiring untuk persembahan-persembahan solo Dato’ Awie, termasuk projek album solo beliau, Rentap, dengan lagu ikonik seperti Kuda Tiga Kaki dan Bumi Kita Ada Naga.

TRIAD: SATU LAGENDA ROCK, TIGA KUMPULAN IKONIK, SATU PENTAS!

APA MAKSUD TRIAD?

“TRIAD adalah tentang penyatuan atau menyatukan bunyi, tenaga, jiwa, dan semangat rock yang sebenar. Ini bukan sekadar konsert, tetapi satu malam di mana sejarah akan tercipta, dan semangat ROCK akan terus hidup.

TRIAD: SATU LAGENDA ROCK, TIGA KUMPULAN IKONIK, SATU PENTAS!

Alhamdulillah, ianya akan berlangsung nanti. Saya teruja untuk bersama-sama para penyokong dan rakan-rakan lagenda yang lain di atas pentas yang luar biasa ini,”

-kata Dato’ Awie.

ONE CONQUER ALL

ONE CONQUER ALL – Konsert TRIAD ini adalah simbolik kepada kesatuan dan kehebatan muzik rock Malaysia. Gabungan unik ini bukan sahaja bakal menggegarkan malam anda tetapi juga menjadi momen penting dalam sejarah muzik tanah air.

TRIAD: SATU LAGENDA ROCK, TIGA KUMPULAN IKONIK, SATU PENTAS!
TRIAD: SATU LAGENDA ROCK, TIGA KUMPULAN IKONIK, SATU PENTAS!
TRIAD: SATU LAGENDA ROCK, TIGA KUMPULAN IKONIK, SATU PENTAS!

DIANJURKAN OLEH RUMAH PRODUKSI MERAH

Konsert yang dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah, yang juga merupakan milik Dato’ Awie ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025 jam 8.30 malam.

LAKAR SEJARAH THE MALAYSIAN BOOK OF RECORDS?

Konsert ini bukan sahaja bakal melakar sejarah, tetapi juga bakal mencipta nama dalam The Malaysian Book of Records, apabila seorang penyanyi utama mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas. Dato’ Awie bakal membawa para peminat menyelami kembali semangat rock dengan seleksi lagu-lagu nostalgia yang tidak pernah pudar dari ingatan.

IMPIAN JADI KENYATAAN

Dato’ Awie berkata, konsert ini merupakan satu impian jadi kenyataan di mana ianya juga bakal mencatat nama dalam The Malaysian Book of Records. Menggabungkan tiga band ikonik dan seorang penyanyi bukan satu tugas yang mudah.

TRIAD: SATU LAGENDA ROCK, TIGA KUMPULAN IKONIK, SATU PENTAS!

“Ia memerlukan doa, fokus, dedikasi, dan komitmen untuk memastikan kesihatan serta stamina berada di tahap maksima. Semua ini perlu diperhatikan demi memberikan persembahan terbaik untuk para penyokong seni tanah air. Dengan izin Allah SWT. ARTFORALL,”

-tambah beliau lagi.

HARGA TIKET

Tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web https://rpm.ubertickets.asia/

Maklumat tiket:

Tiket adalah terhad dan dijangka akan habis terjual dalam masa yang singkat. Harga tiket seperti berikut:

Kategori 1 :RM258 – Standing
Kategori 2: RM188 – Standing
Kategori 3: RM788 – Numbered Seating [Goodies]
Kategori 4: RM438 – Numbered Seating
VIP Box: RM10,000 [ Seisi Meet & Greet , F&B Buffet serta Goodies]

Peminat disarankan untuk mendapatkan tiket mereka seawal mungkin bagi memastikan tempat mereka di malam penuh magis dan bertenaga ini

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge