SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) MADANI DI MELAKA, BEST!| Kalau sebelum ini telah diadakan di Sarawak kali ini berlangsung di Melaka pula
SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) MADANI
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) MADANI Peringkat Kebangsaan.
Kali ini bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka pada 6 hingga 8 Oktober 2023.
146 USAHAWAN TERLIBAT
Sebanyak 14 pavilion negeri dan wilayah persekutuan dibuka dengan penyertaan seramai 146 usahawan SDSI dari seluruh negara bagi pameran Jualan Usahawan SDSI daripada empat kluster SDSI.
Antaranya adalah produk Makanan & Minuman (F&B), inap desa (homestay), produk kraf dan produk / perkhidmatan kesihatan.
JUALAN ANEKARASA MADANI
Turut diadakan adalah Jualan Anekarasa MADANI melibatkan 43 usahawan bagi mempromosi dan memperkenalkan pelbagai menu yang unik dan terkenal dari seluruh negara.
MEDIUM PEMASARAN SDSI
Program ini bertujuan untuk menyediakan medium pemasaran produk/ perkhidmatan SDSI yang berkualiti, meningkatkan imej produk/ perkhidmatan SDSI.
Juga memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti serta memperluaskan rantaian perniagaan (networking).
Menerusi platform ini, ia turut memberi peluang kepada KUSKOP dan Kerajaan Negeri Melaka serta agensi-agensi kerajaan untuk menyampaikan maklumat.
Sama ada tentang perkhidmatan keusahawanan dan koperasi melalui sesi taklimat, pameran kepada usahawan, koperasi dan komuniti setempat.
JUALAN MADANI KOPERASI
Selain itu, bagi mengimbangi peningkatan kos sara hidup Rakyat, KUSKOP melalui agensinya iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengadakan Jualan MADANI Koperasi (JMK).
Menawarkan barang keperluan asas seperti beras, telur dan minyak masak dengan kadar yang berpatutan dan lebih murah daripada pasaran tempatan.
JUALAN RAHMAH
KUSKOP turut bekerjasama dengan kementerian lain melalui penganjuran Jualan RAHMAH oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
JUALAN AGRO MADANI
Jualan Agro MADANI oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Program-program ini akan memanfaatkan rakyat, usahawan dan anggota koperasi dalam mendapatkan barang keperluan asas pada kadar harga yang berpatutan.
APA ITU PADANIAGA?
Ianya Program Padanan Perniagaan (PADANIAGA) yang diadakan bagi membantu usahawan dan koperasi terutamanya usahawan SDSI untuk meningkatkan peluang dalam memperluaskan akses pasaran.
Matlamat program ini ialah untuk mewujudkan hubungan antara PMKS dan koperasi dengan pasar raya besar.
Termasuk syarikat multinasional dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyediakan peluang rantaian perniagaan.