SHERIFF TERUS CATAT KEJAYAAN, RAIH RM16.3 JUTA, TAHNIAH!

Ditayangkan sehari awal dan alhamdulilah filem Sheriff terus menerus catat kejayaan.

RAIH RM16.3 JUTA

Filem SHERIFF terus mencatat kejayaan cemerlang apabila bejaya meraih kutipan RM16.3 juta selepas empat hari tayangan rasmi dan satu hari tayangan awal sejak 18 April lalu.

GABUNGAN SKOP DAN ASTRO SHAW

Sheriff arahan Syafiq Yusof, membariskan pelakon hebat Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi serta membabitkan dua penerbit terkemuka iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw. 

SAMBUTAN DARI PELBAGAI LAPISAN

“Syukur Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan filem Sheriff. Pihak kami bersama barisan pelakon ada mengunjungi pawagam-pawagam di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu lalu. Rasa amat teruja serta terharu melihat reaksi luar jangkaan penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang.

Meskipun rakan-rakan media serta peminat mula berteka-teki mengenai sejauh mana kutipan Sheriff, namun masih terlalu awal untuk meletak harapan tinggi dan kami sentiasa bersyukur dengan momentum positif ini. Terima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini.” 

Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam

SINOPSIS FILEM SHERIFF

Menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

SIAPA METH KILLER

Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge