SHAHIR ZAWAWI JUARA HIJRAHKAN LAGUKU- MEMANG BEST!

SHAHIR ZAWAWI JUARA HIJRAHKAN LAGUKU- MEMANG BEST! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah sampai ke penghujung program realiti Hijrahkan Laguku. Ia disiarkan secara langsung dari Studio TV AlHijrah.

SHAHIR ZAWAWI

Kekuatan mesej dalam lagu dan konsep persembahan memberi kelebihan kepada Shahir Zawawi meraih gelaran juara pertama program realiti, Hijrahkan Laguku.

Shahir mendapat markah keseluruhan 72 peratus. Manakala Datuk Nash 71 peratus diikuti dengan PG Adam 63 dan Iwan Syahman 62 peratus.

Malam pertandingan ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Hal Ehwal Agama] – Senator Tuan Haji Idris Ahmad.

” Saya berharap dapat membantu menyebarkan dakwah pada anak-anak muda melalui platform ini. Sempat juga bersyukur diatas rezeki kemenangan ini. Terima kasih TV Al-Hijrah. Moga program ini platform untuk anak seni sebarkan dakwah.”

Sebgai pemenang tempat pertama, Shahir membawa pulang Wang tunai bernilai RM100,000. Untuk peserta yang lain, membawa pulang RM20,000 setiap seorang.

BAWA LAGU ZIANA ZAIN

Di malam terakhir ini, shahir membawa lagu Ziana Zain berjudul Madahku insipirasi dari lagu asal Madah Berhelah. Manakala lagu duet pula Perjalanan Jiwa bersama dengan Datuk Nash.

ANUGERAH SAWA’ ASSABIL

Pertama kali diperkenalkan dalam program realiti ini. Anugerah ini dimenangi oleh Iwan Syahman. Membawa pulang hadiah tunai RM3,000 yang bakal diwakafkan kepada badan kebajikan .

JURI PROFESSIONAL

Peserta diadili oleh juri professional iaitu Fauzi Marzuki, Hazamin InTeam dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. 80 peratus markah juri professional dan 20 peratus daripasa undian penonton

Sepanjang lapan minggu disiarkan, Hijrahkan Laguku turut menampilkan Pengeran Adam, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega sebagai peserta. Dikendalikan Faizal Ismail dan Bell Ngasri, program berkonsep dakwah menerusi lagu.

Persembahan peserta dibahagikan kepada dua fasa. Pentas akhir mengangkat tema cerita berpaksikan Pesanku manakala tema lagu pula, Dari Hati Ke Hati.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge