THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-2 KEMBALI, PASTI BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau musim pertama dimenangi oleh Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya, siapa pula tahun ini?
THE MASKED SINGER MALAYSIA
Program pertandingan nyanyian penuh misteri yang berjaya mencetuskan fenomena di musim pertamanya pada September 2020 lalu kini kembali!
“The Masked Singer Malaysia” musim kedua akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat. Mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD (107). Juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
MUSIM KEDUA
“The Masked Singer Malaysia” musim kedua bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 14 orang barisan selebriti terkemuka negara.
Terdiri dari nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.
Mereka akan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri yang juga terdiri dari figura dihormati dalam industri.
PERSEMBAHAN DISEBALIK KOSTUM
Menariknya, kesemua peserta “The Masked Singer Malaysia” ini akan memakai kostum dari kepala hingga ke kaki dan membuat persembahan misteri. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan mereka!
Mereka akan berentap dan menyorokkan kemasyuran dan identiti mereka di sebalik topeng. Siapakah mereka di sebalik kostum ini? Nantikan, 28 Januari ini!
“The Masked Singer Malaysia” menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, “The King of Mask Singer”. Diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Ia berjaya mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai.
MENANG BEST TV FORMAT ADAPTATION 2021
Terdahulu, program “The Masked Singer Malaysia” musim pertama telah mencatat sejarahnya tersendiri. Diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia. Termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
JURI YANG TERLIBAT
“The Masked Singer Malaysia” musim kedua ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan (9) orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri. Mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin.
Selaim itu Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala, menggalas tugas Hos pula adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal.
THE KING OF MASK SINGER
Sama seperti musim pertamanya dan mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’. Kesemua peserta “The Masked Singer Malaysia” musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh dan menyembunyikan identiti masing-masing.
Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan dipertaruhkan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara musim kedua.
Untuk musim ini, program ini akan bersiaran dalam durasi dua (2) jam & dua setengah (2.5) jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
14 KOSTUM MENARIK
Untuk musim ini, terdapat 14 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta, iaitu: Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis.
Ada juga Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak ,Burung Hantu dan Pepatung.
Kesemua kostum ini direka khas oleh Akma Suriati Awang, individu yang bertanggungjawab membawakan kostum-kostum pada musim pertama sebelum ini. Beliau memiliki lebih 50 tahun pengalaman dalam rekaan dan perundingan fesyen.
Selain berkarya sebagai penatarias industri filem, beliau juga bertanggungjawab untuk rekaan kostum bagi pelbagai produksi teater mega seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Siti Di Alam Fantasi’, ‘Mahsuri’, ‘Puteri Gunung Ledang’, dan ‘Chow Kit Road’.
Tahun ini, pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat turut menyerikan kostum “The Masked Singer Malaysia 2” dengan sentuhan beliau dalam pelbagaikan gaya kostum ketika persembahan.
Program ‘The Masked Singer Malaysia’ musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ . Bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta. Di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
Sementara itu SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.