HIJRAHKAN LAGUKU MINGGU KE2 TIADA PENYINGKIRAN! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda tonton Tv AlHijrah, pastinya anda perasan akan program realiti terbaru. Kelainan dalam program ini adalah berunsur dakwah.

HIJRAHKAN LAGUKU

Kali ini memasuki minggu kedua. Masih lagi 8 peserta bertanding sesama sendiri. Masing-masing mempersembahkan lagu an lirik berkonsep Islamik. Ada yang di ubahkan lirik asal untuk menjadikan lirik lagu kena dengan melodi yang dipilih.

Program ini disiarkan secara langsung dari Studio TV Al Hijrah. Setiap Sabtu jam 9 malam serentak juga di Facebook TV Al Hijrah.

PENGACARA

Faizal Ismail dan Bell Ngasri telah diberikan tanggungjawab sebagai pengacara program bagi menceriakan suasana. Walaupun program dakwah tapi kehadiran Bell sedikit sebanyak menghangatkan lagi suasana.

JURI JURI PANAS

Untuk program ini juri tetap adalah Fauzi Marzuki. Setiap minggu akan ada 2 lagi juri jemputan. Minggu ini adalah Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Hazamin ( Inteam ). Mengadili setiap persembahan peserta dari segi nyanyian dan juga pengisian lirik lirik yang disampaikan.

Setiap peserta diberikan tanggungjawab menyampaikan lagu yang telah diubah liriknya bagi menyesuaikan dengan konsep program yang bertemakan Islamik.

ZAF VE [Can’t Live My Life Without You]

Antara komen yang menarik diberikan berjaya mengetengahkan dakwah melalui lagu English. Cinta pada Allah (di ubah dalam lirik) tahniah

ZACK KOOL [Bisikan Kalbu]

Suntikan elemen dakwah dalam lagu, Penghayatan terbaik. Lahir dari hati jatuh ke hati. Lagu Ketuhanan yg patut diberi sokongan.

IWAN [Solatlah Dulu]

Rentak irama sesuai semua umur terutama kanak-kanak. Pendakwah versi dangdut. Salah satu cara untuk berdakwah. Galakan hiburan secara santai tetapi lebih pada ketuhanan.

MARK ADAM [ Rapuh]

Pentas hari nie panas sepanas minggu lepas. Komen dari Fauzi Marzuki lagu kurang sesuai. Perlu perbaiki dalam pernafasan. Tapi juri yang lain memuji alunan suara bagus, walaupun lirik banyak penukaran.

DATO NASH [Asli]

Tiada perubahan dalam lirik menceritakan ‘mempunyai roh yang perlu dibawa selalu’. Subhanallah Dato Nash…lontaran bacaan kalamullah tadi brnar trsentuh hati ..ameen YRA🤲🏻.

Komen yang masih lagi teringat : lirik lagu rock dulu ada ketuhanan. Double meaning. Engkaulah kekasih yang ku rindu.

PG ADAM [ Ampuni Aku]

Pilihanku – dimana Adam berani mengambil risiko . Menukarkan lagu Unbreak My Heart by Toni Braxton kepada versi sendiri. Lirik sesuai /matchy dengan melody

Komen dari juri-juri :Berjaya hijrah lagu dengan lirik, jika lebih puitis dan tambah penghayatan pasitinya lebih tersentuh.

RAHMAD MEGA [Jangan Lupa Diri]

Lagu asal Jangan Ada Benci dari Casey. Keindahan lagu hilang sebab lebih pada santai. Kurang penghayatan, Tetapi penggunaaan stage memang terbaik.

SHAHIR ZAWAWI [Kepadamu Kekasih]

Peserta yang mendapat standing ovation & tepukan gemurh dari peserta. Sesalan seorang hamba yang ingin kembali berserah pada Nya.

Berjaya membawa arrangement lagu ini dengan tenang, dimana ianya menunjukkan yang hiburan islamik dibenarkan.

PERSEMBAHAN TERBAIK

Untuk minggu kedua ini Dato Nash telah dipilih sebagai pemenang persembahan terbaik dan menerima wang sebanyak RM3000 yang akan diberikan kepada Pusat Genius Kurnia, Sentul.

PENYINGKIRAN TIADA !

Tiada penyingkiran untuk minggu ini tetapi minggu hadapan adakah seorang tersingkir atau dua? Apa pun jangan tak tonton and beri sokongan tau.

Sejuk ajer bila dengar para peserta mengalunkan lagu-lagu ini dan berkongsi penghijrahan mereka pada semua. Layari

Website |

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge