SENQ DATUM JELATEK DIBUKA, KINI DEKAT DI SISI, AMAZING!

SENQ DATUM JELATEK DIBUKA, KINI DEKAT DI SISI, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nak beli perkakasan elektrik, biasanya anda kemana? Tahukah anda yang ada jenama terbesar lain dalam dalam jualan elektrik rumah, perkakas dapur dan juga gajet elektronik.

SENQ DATUM JELATEK

Kini cawangan lokasi terbaru yang dibuka adalah di Datum Jelatek. Pembukaan rasmi cawangan Grand senQ Datum Jelatek—kini dekat dengan warga Kuala Lumpur! 

Pusat beli-belah terbaru di Kuala Lumpur, Datum Jelatek Mall adalah pusat beli-belah yang dinamik, terletak di bawah kediaman Datum Jelatek.

Lokasinya strategik, bersebelahan dengan Stesen LRT Jelatek dan boleh diakses dari MRR2, serta berhampiran dengan Ampang.

Grand senQ Datum Jelatek pastinya memudahkan warga Kuala Lumpur dan penduduk lain di Lembah Klang yang sedang mencari gajet atau perkakas elektrik dari jenama terkemuka. 

SENQ DIGITAL STATION

Bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pelanggan, senQ Digital Station sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan citarasa pengguna. 

Mereka termasuk Samsung, LG, Panasonic, Sharp, Sony, OPPO, HONOR, Philips, Haier, Toshiba, AEON Credit Service, dan AIG Insurance.

Pembukaan rasmi tersebut telahpun selamat dijayakan, dengan tetamu jemputan dari dunia hiburan Malaysia.

Termasuk penyanyi dan pelakon terkenal Elizabeth Tan, personaliti hiburan Danny Ahboy, pelakon Jaja Iliyes, dan pelakon Razzuan Rosli. 

PELBAGAI TAWARAN PRODUK

Selain dari itu, Grand senQ Datum Jelatek menawarkan lebih dari 100 jenama terkemuka yang menawarkan pelbagai produk seperti gajet digital dan perkakas elektrik.

Dengan jumlah keluasan sehingga 19,162 kaki persegi, usaha yang dilakukan ini adalah untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan selesa kepada para pelanggan.

Selain itu mempunyai rekaan “Shop-in-Shop” yang moden dan premium-pastinya menambat hati pembeli. 

CUSTOMER EXPERIENCE ELEVATION

“Peluasan Grand senQ adalah sejajar dengan salah satu tonggak Business Direction kami tahun ini, iaitu Customer Experience Elevation.

Di Grand senQ, kami mengutamakan pengalaman membelibelah dan sentuhan premium, yang sentiasa diperbaharui dengan maklum balas yang kami terima daripada pelanggan.

Kami sentiasa mendahulukan pelanggan dalam segala yang kami lakukan,”

-kata Encik KC Lim, Presiden Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, salah seorang pengasas jenama senQ. 

JAMINAN TAMBAHAN

Untuk pelanggan yang baru membeli-belah di senQ, mereka boleh menikmati jaminan tambahan satu tahun. Atau jaminan gantian 1-to-1 selama 24 bulan atas pembelian mereka, hanya dengan RM9.90 sahaja. 

AHLI PLUSONE

Boleh menikmati Pulangan S-Coin sehingga 100% untuk produk eksklusif. Untuk produk yang lain, ahli PlusOne boleh memilih Diskaun Segera 50% daripada Pulangan S-Coin untuk produk tersebut.

Memilih untuk mendapatkan Pulangan S-Coin 100% untuk pembelian seterusnya. Ini selaras dengan strategi fokus pelanggan senQ, di mana senQ memberi pelanggan untuk memilih tawaran yang mereka suka. 

Dengan pembukaan ini, senQ telah pun membuktikan slogan katanya iaitu “Rasainya, Alaminya!”.

Kunjungi cawangan Grand senQ Datum Jelatek untuk rasai kelainannya dan mendapat tawaran yang hebat pada masa yang sama! 

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge