ARRAHNUKITA BANGI SECARA RASMI DIBUKA, AMAZING!

ARRAHNUKITA BANGI SECARA RASMI DIBUKA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau sebelum ini dikongsikan tentang cawangan pertama ArRahnuKita di Sg.Besi, kali ini berkongsi cerita tentang cawangan ke-2

ARRAHNUKITA BANGI

Melangkah setapak lagi dengan mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita cawangan ke-2 di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Semestinya ini adalah satu berita baik untuk semua dan juga buat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO).

ArRahnuKita Bangi mula beroperasi sejak 28 Februari dan antara cawangan yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai patuh syariah.

Travel: bangi wonderland

BUKTI KOMITMEN KOPETRO

Kejayaan membuka cawangan kedua ArRahnukita adalah bukti komitmen KOPETRO terhadap anggota-anggota koperasi. Dalam meluaskan rangkaian perniagaan sedia ada demi memberikan pulangan dividen yang lebih lumayan.

Tercapainya objektif KOPETRO untuk mengoperasikan sebuah perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita tahun lalu.

Alhamdulillah, kita berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan hari ini dengan perasmian cawangan kedua perniagaan ini.

-kongsi Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim.

Turut hadir ke majlis perasmian ArRahnuKita Bangi antara lain, anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.

PELABURAN JANGKA MASA PANJANG

Masyarakat kini lebih peka dan menedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan emas.

Melihat kepada situasi semasa, di mana dunia sedang menghadapi kenaikan kadar inflasi yang semakin membimbangkan. Emas menjadi jalan penelesaian terbaik bagi orang ramai untuk membuat simpanan, pelaburan dan modal perniagaan,

-sambungnya lagi.

BAKAL BUKA CAWANGAN LAGI?

ArRahnuKita bercadang untuk membuka empat lagi cawangan. Kini sedang giat mencari lokasi-lokasi yang sesuai bagi mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai yang dijalankan.

PAJAK GADAI EMAS CONTOH

Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Servis Kewangan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnuKita

Selain cawangan di Sungai Besi dan Bangi, cawangan ArRahnuKita di Ampang juga sudah pun memulakan operasinya bulan ini.

Tambahnya, pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain.

Selain itu menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama pilihan yang dipercayai.

SKIM PAJAK GADAI EMAS SYARIAH

Merupakan satu skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah Islam seperti di cawangan pertama perkhidmatan itu beroperasi sejak tahun 2022 di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi.

PEMBIAYAAN AR-RAHNU

Produk pembayaran yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk dijadikan wang tunai.

Pembiayaan yang dijalankan ArRahnuKita adalah berlandaskan Konsep Syariah Tawarruq dan terbuka kepada semua bangsa dan agama.

Mampu memberi persepsi yang positif terhadap masyarakat malah dapat membantu mengatasi masalah kewangan. Juga menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin.

Semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat. Termasuk barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas juga diterima.

NAK MENANG HADIAH?

Menawarkan peluang untuk memenangi bar atau wafer emas selepas tempoh enam bulan apabila pelanggan mencagar emas di ArRahnuKita dengan nilai minimum RM5,000 sebelum 30 Jun 2023.

100 orang bertuah bakal memenangi cabutan bertuah ini di mana pemenang bakal diumumkan secara bulanan bermula Julai ini.

ArRahnukita juga menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul.

Website| Contact +603-90559839 (Sungai Besi) / +603-89204518 (Bangi)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge