SEMALAM DI MALAYA LIMA DEKAD SWEET CHARITY!| Sebelum nie dah layan konsert di Johor Bahru, memang terbaik. Dengar bakal di adakan di Kuala Lumpur betul ke?
Melangkaui lima dekad pembabitannya dalam dunia muzik rantau ini.
Band legenda, Sweet Charity bakal kembali ke ibu kota, mengimbau nostalgia selepas kali terakhir muncul dalam sebuah konsert, 13 tahun lalu.
SEMALAM DI MALAYA LIMA DEKAD SWEET CHARITY!
Dianjurkan oleh Malaysia Shipowner’s Association, Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity. Berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Januari 2024.
Merupakan sebuah produksi Rasa Karya, bersama Mewah Event Management sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan tiket.
KENAPA SEMALAM DI MALAYA LIMA DEKAD?
Ini kerana Sweet Charity sudah memasuki tahun ke 55 tahun penubuhannya.
Diterajui Datuk Ramli Sarip sebagai vokalis bersama Rahman Sarbani (dram), dan turut dianggotai Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua).
Ramli berkata, lamaran untuk Sweet Charity kembali ke Kuala Lumpur ibarat pucuk dicita ulam mendatang.
NILAI SENTIMENTAL DALAM KONSERT
“Konsert ini ada nilai sentimental kerana ia diadakan di Kuala Lumpur selepas kali terakhir kami beraksi di Stadium Merdeka pada 2011 yang menjadi fenomena.
Sesuatu seperti ini kadang hanya datang sekali, atau dua kali, ia tidak boleh selalu melainkan ada momen istimewa.
PEMILIHAN LAGU
“Sweet Charity dikenali dengan persembahan livenya, jadi pemilihan lagu yang tepat adalah penting.
Selain bernostalgia, jangkakan sebuah persembahan yang segar kerana kami memiliki lagu-lagu yang boleh diolah, dibuat susunan baharu.
Termasuk antara 15 lagu dalam senarai all-time favourite seperti Batu, Kamelia, Teratai dan Zakiah.
KENAPA SEMALAM DI MALAYA?
“Dan kenapa Semalam di Malaya?
Judul yang nostalgia, zaman kami di Singapura, merentasi Johor menaiki bas, tanpa perlu pasport sebelum ada pemisahan negara. Banyak kenangan di situ,”
-kongsi Datuk Ramli Sarip
PENGANJUR BERSAMA MASA
“Penganjur (MASA), saya lihat, mahu buat sesuatu yang mereka lalui, ketika mereka membesar, namun memberi kebebasan untuk kami mengekspresikan seni.
Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity ini sememangnya tidak harus dilepaskan peminat.
“Kerana Sweet Charity, persembahannya ada roh dan semangat yang tersendiri, seperti mana-mana band apabila sampai pada kedewasaannya.
Mudah-mudahan persembahan kami lebih dewasa dengan perasaaan,” tambahnya.
PERBEZAAN DENGAN KONSERT JOHOR
“Sama tapi tak sama,” kata Ramli, merujuk perbandingan dengan konsert di Singapura, baru ini.
“Persembahan di Kuala Lumpur akan lebih padat, malah ada peminat yang sudah menonton di Singapura, mahu ke Kuala Lumpur juga.
GAYA PERSEMBAHAN
Tentunya akan memberikan kelainan kerana Sweet Charity ada aura tersendiri, kekuatan tersendiri.
Orang sukakan Sweet Charity kerana persembahan livenya dan itulah yang menjadi kekuatan kami selama lebih 50 tahun ini.
“Sweet Charity tidak begitu dipengaruhi oleh apa-apa kerana pada masa itu, pada era akhir 60an, tiada video, VHS pun tiada.
Jadi kami mencipta identiti sendiri, membawa muzik rock, memberikan apa yang kami rasa, perasaan waktu membuat persembahan itu.”
MOGA JADI IKUTAN HINGGA LIMA DEKAD
Lima dekad perjalanan Sweet Charity moga jadi penggalak buat band tanahair, terutamanya pelapis. Kami cuba menghargai apa yang dikurniakan, apa yang dianugerahkan untuk dikongsi.
“Mudah-mudahan kami sihat, dapat berikan yang terbaik untuk peminat, juga industri.
HARGA TIKET
Tiket berharga RM180 (Batu – Free Standing), RM308 (Sejuta Wajah – Normal Seat), RM388 (Zakiah – Premium Seat) dan bermula RM15,000 bagi VIP Box
Website Tiket | +60 11-1329 7822.