KONSERT SWEET CHARITY BERITA GEMPA, MEMANG BEST!

KONSERT SWEET CHARITY BERITA GEMPA, MEMANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat lagi tak sebelum ini ada dikongsikan tentang Konsert Berita Genpar yang bakal diadakan oleh kumpulan lagenda Sweet Charity.

SWEET CHARITY

Lagenda kumpulan rock yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu SWEET CHARITY.

Dibarisi oleh Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Rahman Sarbani dan Ahmad Jaafar kembali seperti nama konsert Berita Gempar di Stadium Arena Larkin, Johor Bahru

KONSERT SWEET CHARITY BERITA GEMPA

Ini merupakan satu penghormatan untuk meraikan lagenda rock Nusantara ini.

SEJARAH KUMPULAN SWEET CHARITY

Sejarah Sweet Charity, seawal tahun 1969 mereka sudah bersama dengan anggota asal.

Antaranya Dato Ramli Sarip dan Rahman Sarbani, kemudian Rosli Mohalim dan Ahmad Jaffar menyertai mereka pada lewat 70-an sebelum album pertama dikeluarkan pada 1979.

6 BUAH ALBUM SEBELUM INI

Legenda ini menghasilkan enam album bersama Ramli sehingga 1985 sebelum Ramli mengambil keputusan keluar dan bergerak solo.

Manakala Rosli Mohalim dan Sweet Charity meneruskan perjuangan dengan vokalis wanita, Zaiton, untuk album terakhir iaitu ‘Sweet Charity 88’ yang telah diriliskan pada 1988.

PERSEMBAHAN ANGKLUNG

Pembukaan pentas dengan alat musik tradisional Angklung oleh saudara Max mendendangkan tiga buah lagu iaitu Sri Mersing, Lemak Manis dan Kita Insan Biasa yang di sampaikan secara instrumental. 

JAM 9 MALAM BERMULA…

Persembahan Datuk Ramli Sarip selaku vokalis, Rahman Sarbani (pemain dram), Rosli Mohalim (gitaris) serta Ahmad Jaafar (keyboard/vokalis kedua) yang merupakan anggota klasik kumpulan ini.

Dibantu seorang lagi gitaris dan keyboard serta pemain alat perkusi ternyata bertenaga sehingga membuatkan penonton tak senang duduk.

Masing-masing turut sama menyanyi dan juga menari apabila lagu demi lagu didendangkan

DIMULAKAN DENGAN LAGU

Konsert Berita Gempa dimulakan dengan persembahan pembukaan tiga lagu yang masih lagi ‘hit’ Di Tahun 2000, Pelarian dan Hilang Gelap Terbitlah Terang

LAGU RANCAK

Emosi para penonton berubah apabila lagu Dekatlah Padaku, Dunia Perlumbaan dan Sejuta Wajah dinyanyikan.

AJ NYANYI?

Ingat lagi pada AJ? Pemain keyboard juga vokalis kedua untuk kumpulan Sweet Charity?

Sempat mendendangkan para penonton dengan lagu Bagaikan Bermimpi , Terharu dan Jalan Malam. Lagu duet bersama Rosli Jalan Malam sedikitt sebanyak mengimbau zaman 80an-90an.

Jika anda peminat setia kumpulan ini pastinya anda tahu sejak 1979 sudah mempunyai tujuh album lagu. Yang pasti paling popular seperti Zakiah, Jangan Tunggu Lama-Lama, BATU dan Raja Kumbang

KILLER SONG?

Tidak lengkap jika lagu ‘killer song’ tidak dinyanyikan dalam konsert Sweet Charity Berita Gempar. Yang dinantikan oleh semua yang setia menanti dari awal hingga akhir.

Seluruh Stadium Arena Larkin bergema apabila semua turut serta menyanyikan lagu yang dinantikan iaity Kamelia dan Teratai.

Sempat juga Datuk Ramli Sarip turun ke pentas bawah bersama para peminat sewaktu menyanyikan lagu ini.

Lagu Penunggu menjadikan lagu akhir yang dinyanyikan selepas permintaan ramai inginkan lagi sebagai penutup konsert.

PUAS HATI?

Sememangnya puas hati!!! Sebanyak 25 lagu dibawakan khas untuk para peminat yang setia menyokong dari mula hingga kini walaupun tiada album terbaru dari kumpulan ini

Lebih dari 3,000 penonton yang hadir dari pelbagai lapisan umur juga dari Singapura dan Brunei. Bakal mengadakan konsert di Singapura selepas ini.

Tahniah buat Megatix Malaysia dengan kerjasama Tourism Johor dan LampuNeon atas kejayaan konsert ini .

Credit photo : Maestro

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge