ALVN KEMBALI DENGAN ‘OVER AGAIN’, AWESOME!

ALVN KEMBALI DENGAN ‘OVER AGAIN’, AWESOME! | Adakah anda ingat lagi pada penyanyi yang bernama Alvn ini? Ini cerita terbaru tentang-nya

ALVN KEMBALI

Seorang artis yang berbakat dalam pelbagai bidang, wajah untuk pelbagai jenama fesyen mewah dan juga antara seorang penyanyi dan pelakon yang berbakat.

ALVN KEMBALI DENGAN 'OVER AGAIN'

Pernah berkolaborasi dengan penyanyi Korea Selatan menerusi lagu hit ‘onemorenight’ sebelum ini. Kini kembali menggegarkan industri hiburan dengan sebuah lagi karya berjudul ‘over again’.

OVER AGAIN

“Lagu ‘over again’ menyelami kekesalan dalam perhubungan kekasih ekoran tindakan terburu-buru sehingga menyebabkan kedua-dua pihak yang terlibat dalam perhubungan itu tersakiti.

Apabila masa berlalu, kesedaran muncul dan menyedarkan bahawa kerosakan yang telah terjadi tidak dapat dipulihkan.

ALVN KEMBALI DENGAN 'OVER AGAIN'

Walaupun begitu, keindahan yang dirasai tidak dapat dihalang hingga memaksa kitaran pedih itu berulang. Akhirnya membawa kepada satu titik dimana seseorang itu kehilangan jati diri mereka’

-kongsi ALVN mengenai karya ini.

SEATRAVEL

Disusun dan diterbitkan oleh Seatravel, karya ini digubah dengan bijak oleh sekumpulan pemuzik profesional berbakat iaitu Lew Jia Hao, Chaw Liang Xin, Jayson Teoh Xiong Phen.

Juga Chai Shing Di, yang turut menulis lirik lagu tersebut.

SLOW ROCK

Mempertaruhkan irama yang agak berbeza lewat karya kali ini, ALVN mengakui bahawa
dia sentiasa berminat untuk mencuba genre muzik baharu.

“Slow Rock ialah genre baharu yang saya ingin cuba.

ALVN KEMBALI DENGAN 'OVER AGAIN'

Lagu ini mempunyai rangkaian not yang luas, bermula dengan bariton yang sangat rendah pada permulaan dan akhirnya korus yang memuncak.

Saya percaya ‘over again’ pasti menyeronokkan apabila dipersembahkan dengan live band,”

LONGINES DALAM MUZIK VIDEO?

Dengan pengalaman kerja yang lama bersama ramai individu berbakat dalam pelbagai projek seni dapat membantu ALVN.

ALVN KEMBALI DENGAN 'OVER AGAIN'

Video kali ini menjalani penggambaran di luar negara dan disertai oleh jenama mewah antarabangsa Longines.

Sebagai rakan kepada Longines selama dua tahun, ALVN dijemput untuk melawat Muzium Warisan Longines di Switzerland. Turut diberikan peluang unuk merakamkan video muzik ‘over again’ di sana.

SELEBRITI PERTAMA

Beliau juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia pertama dan antara yang pertama di dunia yang diberi peluang untuk membuat penggambaran di Muzium Warisan Longines.

Walau bagaimanapun, proses rakaman ini juga pastinya datang dengan sedikit cabaran dimana terpaksa menurunkannya kerana ia tidak di luar julat vokal saya.

BERI INSIPIRASI

Matlamat ALVN menulis dan menyanyi sentiasa untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menceritakan kisah mereka dan melakukan perkara yang mereka suka.

Dan bukannya melakukan apa yang orang suruh mereka lakukan.

ALVN gembira Longines percaya dengan apa yang beliau suka dan menyokongnya selama dua tahun dalam kerjaya muziknya.

‘over again’ sudah pun berada di semua platform digital sejak tanggal 8 Disember 2023 (Jumaat).

Instagram | TikTok | YouTube


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge