Running Man Run 2 U In Kuala Lumpur: Malam Penuh Gelak Tawa dan Kenangan
RUNNING MAN RUN 2 U IN KUALA LUMPUR
Ini diantara event atau acara yang dinantikan para peminat di Malaysia selepas kali terakhir bertemu 7 tahun lalu. Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) bergegar dengan sorakan lebih 5,000 peminat apabila enam selebriti terkenal dari rancangan hiburan Korea Selatan, Running Man tiba di pentas.
AHLI RUNNING MAN
Jee Seok Jin, Yoo Jae Seok, Kim Jong Kook, Ha Dong Hoon (HAHA), Song Ji Hyo, dan Yang Se Chan tampil penuh bertenaga dalam Konsert Running Man Run 2 U in Kuala Lumpur, yang dianjurkan oleh Sunstrong Entertainment.
PENUH GELAK TAWA
Semenjak jam 10 pagi lagi MIECC dibanjiri oleh para peminat yang setia mengikuti program realiti TV Running Man. Pelbagai aksi dari segi ‘make-up’, pakaian seperti ahli RM dan tidak ketinggalan juga banner-banner yang dibuat oleh peminat sendiri.
Terima kasih kepada penganjur Sunstrong Entertainment kerana membawa mereka ke sini terutama buat para peminat yang rindu akan aksi mereka. Sorokon demi sorokan dari awal hingga akhir acra terbukti Running Man masih menjadi antara rancangan yang diminati.
DIMULAKAN DENGAN
Lagu ‘Spring Day’ ikonik BTS menjadi pembuka tirai dimana setiap ahli tampil dengan gara tersendiri. Kemudian diikuti dengan pemainan interaktif bersama ahli Running Man
Waa, ada peminat bertuah yang dipanggil naik untuk turut serta bermain dan merakam ‘wefie’ bersama idola mereka. Semestinya ini antara moment yang paling bernilai.
KALI PERTAMA DI MALAYSIA
Mungkin ada yang tidak tahu dimana Yoo Jae Seok dan Yang Se Chan tidak pernah ke Malaysia. Jadi ini adalah kali pertama mereka berdua di Malaysia tapi tidak kekok bersama peminat.
YOO JAE SEOK
Siapa saja yang tidak kenal dengan antara ahli terawal Running Man yang sorang ini. Cara dia bercakap dan celoteh diatas pentas membuat para peminat asyik gelak ketawa walaupun gelagatnya adalah sepontan.
YANG SE CHAN
Manakala untuk Yang Se Chan pula pandai mengambil hati para peminat terutama yang wanita. Mana taknya ayat pick up line sperti ‘Saya kacak kan?’, ‘RIndu Saya’ . Yang paling WIN pickup line ‘Jom Kita Kahwin!’ membuat semua wanita bersorak dan ketawa pada masa yang sama.
ANTARA LAGU YANG DIPERSEMBAHKAN
Setiap ahli memukau persembahan dengan lagu yang didendangkan antaranya APT, Bam Yang Gang dan juga All Of Me. Ada juga lagu duet yang mendapat sorokan diantaranya
-Lagu We Need To Talk. Lagu duet antara Jong Kook & Ji Hyo. Mereka menghayati bait bait lirik tersebut dan ianya menjadi moment terindah untuk diabadikan kali ini
-Lagu APT : Yang ini memang kreatif dan membuatkan para peminat turut serta menyanyi bersama. Duet Jong Kook dan Jae Seok mendapat sorokan paling kuat dimana Jong Kook tampil seperti Rose BLACKPINK dan Jae Seok sebagai Bruno Mars
-Lagu Hiphop : Duet Haha dan Se Chan menghangatkan lagi suasana apabila mendengdangkan lagu Whiplash dan Dang Diggi Bang. Memang cool, awesome dan gempak giler.
MANTAP!!
Ayat yang sering kali diucap oleh ahli Running Man sepanjang konsert berlangsung. Ayat Mantap ini pasti membawa makna yang paling istimewa buat semua peminat yang hadir. Walaupun cuma dua jam tetapi penuh dengan gelak tawa, kemeriahan, dan juga seronok dengan persembahan yang diberikan.
Program Running man bersiaran sejak tahun 2010 dan kini bakal memasuki tahun ke15. Sejak 2013, siri jelajah pelbagai negara bagi bertemu peminat setia dan kali ini Malaysia menjadi saksi.
Dengan sambutan yang luar biasa ini, adakah mereka akan kembali lagi. Jika ia semestinya hadir tanpa perlu ditanya. Apapun Running Man tetap di hati – Jiayou