BERITA BAIK- DOLLA BAKAL ADAKAN KONSERT DI SINGAPURA!

Dolla Bakal Gegarkan Singapura Tahun Ini? Betul ke macam tak percaya saja!

DOLLA BAKAL ADAKAN KONSERT

Peminat muzik tempatan dan serantau bakal disajikan dengan satu konsert eksklusif apabila DOLLA bersedia untuk menggegarkan pentas di Singapura tahun ini.

KERJASAMA ANTARA

Diumumkan oleh SAH Entertainment dengan kerjasama Universal Music Malaysia, konsert ini menjanjikan pengalaman muzik yang luar biasa, menampilkan persembahan bertenaga daripada nama besar dalam industri muzik Malaysia.

DOLLA

Siapa saja yang tidak kenal akan DOLLA. DOLLA merupakan kumpulan wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel. Syasya mengundurkan diri selepas mendirikan rumah tangga menjadikan mereka kekal bertiga hingga hari ini.

Konsert solo sulung DOLLA, DOLLA RE:BIRTH The Experience, yang berlangsung pada 3 Ogos 2024 di Zepp Kuala Lumpur, telah mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

IMPIAN DOLLA JADI KENYATAAN?

Bagi kumpulan DOLLA, peluang untuk beraksi secara solo di Singapura merupakan satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

“Ini adalah momen yang kami nantikan sejak sekian lama. Kami berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk semua peminat yang sentiasa menyokong kami,”

-kata Angel dan Tabby mewakili kumpulan tersebut.

CAPITOL THEATRE, SINGAPURA

Dengan pemilihan Capitol Theatre, Singapura sebagai venue, konsert yang dijangka diadakan pada Ogos 2025 menawarkan produksi berkualiti tinggi dengan teknologi audio dan visual yang canggih bagi memberikan pengalaman terbaik kepada peminat.

Peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta pembelian tiket menerusi laman media sosial rasmi SAH Entertainment. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah muzik ini!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge