Rossa bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil dengan konsert ‘Here I Am’ Rossa
KONSERT ‘HERE I AM’ ROSSA
Ratu Pop Indonesia, Dato’ Sri Rossa Roslaina, bersedia untuk menganjurkan konsert “Here I Am” di Axiata Arena Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025. Sebelum ini berjaya mengadakan jelajah konsert di 3 buah negara selama 2 tahun berturut-turut iaitu “Rossa 25 Shining Years (2022)” dan “Another Journey : The Beginning (2023)” dengan kehadiran penonton melebihi 80 ribu orang.
ANJURAN KONSERT
Konsert ‘Here I Am’ yang dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama promosi dan pemasaran dari Sah Entertainment. Turut mendapat sokongan dari Maybank sebagai Rakan Strategik Perbankan untuk membawa sebuah persembahan yang luar biasa kepada pecinta Rossa di Kuala Lumpur, Malaysia.
LEBIH BANYAK KOLABORASI
Konsert ‘Here I Am ini akan menampilkan sesuatu yang lebih segar, kreatif dan sangat berbeza daripada konsert-konsert saya sebelum ini kerana konsert ini juga melibatkan banyak kolaborasi, kejutan dan konsep yang saya yakin pasti buatkan semua teruja menontonnya,”
-kata Dato’ Sri Rossa.
REFLEKSI DARI PERJALANAN KERJAYA
Menurut Rossa lagi, nama “Here I Am” itu sendiri adalah refleksi dari perjalanan kerjaya beliau serta legasi yang telah dicapainya hingga kini. “Kenapa saya menamakan “Here I Am sebagai tajuk konsert saya pada kali ini?”
KENAPA ‘HERE I AM’
Ini kerana bagi saya, nama “Here I Am” itu menggambarkan perjalanan kerjaya saya yang telah membawa saya sejauh ini. Menjadikan siapa diri saya pada hari ini, berapa banyak album termasuk lagu hits dihasilkan, penghargaan serta anugerah yang diterima, termasuk konsert-konsert solo saya,”
– jelasnya.
BERHIBUR SAMBIL BERAMAL
“Penganjuran Konsert Dato’ Sri Rossa ini akan meneruskan kerjasama strategik dengan saya dan PRIHATIN untuk tujuan kebajikan yang telah kami mulakan dan sama-sama berkolaborasi sejak tahun 2012 lagi.
Saya bersyukur kerana Dato’ Sri Rossa sentiasa prihatin dengan aktiviti kebajikan di Malaysia dan sentiasa bekerjasama untuk penganjuran konsert yang bukan bersifat komersial semata-mata.
DANA TABUNG KASIH PRIHATIN
Rossa bersetuju untuk sama-sama mencari dana bagi tujuan pendidikan dan kebajikan melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan ke Tabung Kasih Prihatin. Dalam masa yang sama, PRIHATIN mengalu-alukan pihak korporat dan orang perseorangan untuk membeli tiket Royale, First Class dan Executive.
Seterusnya memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan melalui konsep “Berhibur Sambil Beramal”.
-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Aizuddin.
HARGA TIKET
Untuk harga tiket bermula dari harga RM228 untuk kategori Festival hingga RM788 bagi kategori Diamond Center tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran.
Peminat-peminat Rossa yang juga pemegang kad kredit dan debit Mastercard dan Visa Maybank boleh dapatkan diskaun istimewa sebanyak 10% semasa hari pra-jualan tiket konsert “Here I Am” daripada jam 10 pagi, 14 Februari sehingga 10 pagi, 15 Februari 2025.
Selanjutnya, untuk pembelian selepas hari pra-jualan tiket, diskaun 8% diberikan kepada pemegang kad kredit Maybank dan 5% untuk pemegang kad debit Maybank.
Website Ticket2u| Email :rossa@yayasanprihatin.com| Contact: 019-288 9764