KONSERT RENTASMASA ‘SATU EVOLUSI MUZIK’ DITANGGUHKAN!

Konsert RentasMasa ‘Satu Evolusi Muzik’ ditangguhkan ke tarikh yang baru! Kenapakah ditunda, apakah sebabnya?

KONSERT RENTASMASA ‘SATU EVOLUSI MUZIK

TGJ Entertainment ingin mengumumkan penangguhan Konsert Rentasmasa “Satu Evolusi Muzik” yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2024 ke tarikh baharu iaitu 31 Januari 2025 (Jumaat) di ZEPP, Kuala Lumpur.

KONSERT RENTASMASA

SEBAB PENANGGUHAN KONSERT

Penangguhan ini dibuat susulan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri di Malaysia. Mengambil kira amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir. Pihak penganjur bersama para artis telah membuat keputusan untuk menangguhkan konsert ini sebagai tanda solidariti terhadap mangsa-mangsa banjir.

KONSERT RENTASMASA

KERJASAMA DENGAN WINGS MOTOR GANG SOCIETY

Dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang terjejas, Skuad Rentas Masa telah melancarkan misi bantuan dan akan bekerjasama dengan Wings Motor Gang Society (WMGS) untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Pihak penganjur memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul akibat penangguhan ini. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

4 TOKOH MUZIK TERKEMUKA

Konsert yang dinanti-nantikan ini akan menampilkan persembahan istimewa daripada empat tokoh muzik terkemuka negara iaitu Ziana Zain, Dato’ DJ Dave, Datuk Jeffrydin dan Dato’ Awie. Gabungan bakat luar biasa ini menjanjikan pengalaman muzik yang merentasi zaman.

HARGA TIKET

Harga baru tiket untuk konsert ini adalah seperti berikut:

KONSERT RENTASMASA

RM 7,777 – VIP Suite
RM 338 – Grand VIP
RM 318 – Plantinum Seat
RM 278 – Golden Seat
RM 158 – Silver Standing
RM 278 – Retro Seat

    Para penonton diingatkan bahawa harga tiket tidak termasuk caj perkhidmatan sebanyak RM4 dan caj perbankan.

    Website IlassoTickets |

    Comments

    No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge