Ramai yang sudah menonton filem Babah, dan rata-rata mengatakan tidak sah kalau tak menangis selepas menonton. Menjadi persoalan adalah apa yang best hingga menangis nie?
FILEM BABAH
Mulai ditayangkan sejak 5 Disember 2024 dan ini adalah terbitan daripada Nads Media Entertainment. Filem ini dikatakan sarat dengan emosi kekeluargaan dan berjaya mendapat di hati peminat.
PARA PELAKON FILEM BABAH
Filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Qi Razali (Isyak/Babah), Sweet Qismina (Maya), Cristina Suzanne (Hayati) dan Adam Lee (Ikmal). Kemunculan pelakon muda berbakat besar iaitu Dhia Arissa dan Daniella Qabeela telah berjaya membawa watak Maya dalam fasa umur yang berbeza mencantikkan perjalanan cerita kehidupan Maya dari kecil sehingga dewasa.
KENAPA BABAH?
Idea asalnya apabila tersentuh dengan sebuah video viral yang memaparkan persembahan seorang ayah yang OKU pendengaran di majlis perkahwinan anak perempuannya. Dalam masa yang sama video FYP tentang penyakit Sindrom Guillain-Barre lalu di sosial media. Ini antara hasil gabungan idea bersama suami selaku penulis skrip untuk menghasilkan satu naskah yang menonjolkan sisi seorang ayag.
-kongsi Nadia Nadzri, selaku penerbit bersekutu.
KUTIPAN 6 JUTA UNTUK 20 HARI TAYANGAN
Babah telah mencatat kutipan box office yang luar biasa sebanyak RM6 juta berjaya diraih sepanjang 20 hari tayangan dan setakat ini menjadikannya filem nombor satu di Malaysia. Pencapaian hebat ini turut membuka laluan kepada gelombang kedua penonton yang pastinya ingin menyaksikan kisah menyentuh hati yang menjadi bualan dikalangan masyarakat tempatan.
BAKAL MASUKI SINGAPURA
Bakal ditayangkan di Singapura bermula 26 Disember 2024 di enam lokasi iaitu di Cathay Cineplex, termasuk Downtown East, Causeway Point, West Mall, Century Square, JEM, dan Clementi 321. Jngan lupa hadirkan diri ke pawagam dan tonton Babah untuk sama-sama rasai perjalanan dan kasih-sayang seorang ayah daripada pelakon hebat dari Malaysia.
IMPAK FILEM BABAH PADA ORANG RAMAI
Tidak sangka filem ini mendapat sambutan dari orang ramai. Bukan saja dengan menonton filem di panggung wayang tetapi ada juga yang berkongsi review selepas menonton. Trending video POV yang dikongsikan oleh penonton sebelum dan selepas menonton memberi kesan yang hebat. Tangisan sewaktu dan selepas menonton menunjukkan yang mesej filem ini sampai ke hati penonton.
Selain itu, perkongsian dari orang ramai menceritakan tentang hubungan mereka bersama abah atau bapa atau ayah menaikkan lagi nama filem ini. Ada yang berkongsi, filem ini merapatkan kembali jurang hubungan antara bapa masing-masing. Ada pula berterima kasih kerna menonjolkan sisi seorang ayah dalam membesarkan anaknya. Terutama watak Qi sewaktu tidak dapat pulang menyambut hari lahir.
Seluruh produksi juga tidak menjangka Babah tular dalam media sosial sehingga menjadi bualan apatah lagi semuanya berlaku secara organik.
TONTON DAN MENANG
Sebagai tanda penghargaan kepada penonton pihak produksi Babah telah mengumumkan kempen istimewa untuk penonton yang membeli tiket berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif, Kempen ini direalisasikan dengan tajaan daripada Ottoman Tour and Travels Sdn. Bhd. Antara hadiah yang ditawarkan seperti
2 tiket – Penginapan mewah di Langkawi Sembilan Resort
4 tiket – Percutian terbaik ke Jepun
6 tiket – Perjalanan spiritual ke Umrah atau pengembaraan ke Eropah
Filem terbitan Nads Media Entertainment turut mendapat sokongan daripada rakan penaja seperti Daughters of Malaya, Al-Baik Malaysia, Ottoman Travel & Tours, Joielle Baby dan ramai lagi.
SINOPSIS
Babah sebuah naskhah yang mengangkat kisah kasih sayang seorang ayah dan pengorbanan terhadap anak perempuan serta keluarganya. Jalan cerita yang begitu dekat dengan hati masyarakat, bagaimana seorang ayah yang terpaksa melalui detik-detik kesukaran dalam hidup.
Antaranya seperti masalah pendengaran, kehilangan pekerjaan dan perjuangan membantu saat-saat anaknya menghadapi penyakit serius. Ini setelah anaknya itu disahkan menghidap Sindrom Guillain-Barre (GBS) selepas berkahwin. Apa yang terjadi selepas itu?
APA YANG BEST TENTANG FILEM INI
Masing-masing pasti ada kisah sendiri tentang ayah, bapa, abah, walid mahupun babah. Ada yang memang rapat, kurang rapat atau tidak rapat atas sebab tertentu. Kebiasaan filem yang ditayangkan menunjukkan pengorbanan tentang seorang ibu tetapi kelainan kali ini adalah babah.
Dalam filem ini jalan ceritanya agak emosi terutama apabila seorang ayah yang hilang keupayaan tetapi masih ingin berikan yang terbaik buat anaknya. Walaupun mengalami OKU pendengaran, itu bukan halangan untuk memberikan kehidupan yang terbaik buat anaknya Mya.
Qi Razali membawa wataknya dengan penuh penghayatan walaupun hakikatnya Qi belum berkahwin secara realiti. Penggunaan bahasa isyarat nampak lancar walaupun cuma sebulan saja belajar. Cuma agak terganggu apabila menggunakan buku nota untuk komunikasi. Sedangkan boleh saja menggunakan cara terkini Whataps ataupun notepad di telefon
Sweet Qismina mengamalkan ‘liquid diet’ demi menjayakan watak Mya yang menghidap Sindrom Guillain-Barre (GBS). Meletakkan 101 usah untuk membawa watak sakit itu dan ia menjadi apabila ramai memberikan komen positif. 10 kilogram berat badan diturunkan agar mendapat sosok kurus dan muka cengkung.
Pengorbanan yang Babah buat untuk Maya besar sangat sampai Maya sendiri mengaku dia tak mampu nak balas
⭐⭐⭐/5. Jangan lupa untuk saksikan filem Babah di pawagam berdekatan sementara masih ada