RTE LENGQUAS TERBARU ADA PUFF DAGING, BEST TAU!

RTE LENGQUAS TERBARU ADA PUFF DAGING, BEST TAU! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan Ramadan pelbagai menu dan juadah ada. Ada yang masak sendiri dan membeli di bazaar Ramadan.

Tapi untuk KP, bila malas nak masak atau keluar produk RTE penyelamat. Cepat. senang dan mudah! Nie nak kongsikan produk terbaru yang patut cuba dan ada dirumah. Terutama untuk anda yang sibuk

RTE LENGQUAS

RTE dipendekkan dari ayat Ready To Eat. Ianya adalah produk yang paling senang, mudah dan cepat dari segi penyediaan. Mana taknya tinggal untuk memanaskannya. Menggunakan microwave ataupun dapur.

Dari segi bahan- bahan yang digunakan ada;ah bahan-bahan premium dan berkualiti. Disediakan penuh teliti, bersih dan halal. Tak perlu risau ye.

5 PRODUK TERBARU RTE LENGQUAS PATUT ADA

Memandangkan mendapat sambutan yang baik pada produk yang sebelum ini, kini LengQuas mengeluarkan 5 produk terbaru mereka iaitu :

-Puff Daging

-Ayam Pedas KOREA

-Ikan Kukus Merah

-Ayam Cili Padi

-Daging Perap Barbeku

CARA MEMANASKAN

Nak panaskan senang saja, hanya dengan menebuk beberapa lubang dibahagian atas untuk membiarkan wap keluar. Jangan lupa untuk buka sedikit di hujung pek.

Tertulis di atasnya untuk dalam 3-5 minit dalam set medium atau 160C jika menggunakan microwave. Kalau nak gunakan dapur pun boleh, buka pek dan panaskan diatas kuali dengan api sederhana.

HIDANGAN RTE LENGQUAS PILIHAN KU!

PUFF DAGING

Ianya lebih kurang sama seperti Beef Wellington. Siap pakej ada sayuran rebus dan kuahnya. Walaupun dah dipanaskan di microwave, KP panaskan sekali lagi menggunakan air fryer.

Ini sebab KP suka akan rasa kerangupan pastri pada puff daging ini, Daging tidak terlalu tebal, cukup sebati dengan perapan.

Pasti ada yang tahu yang KP memang tercari-cari Beef Wellington halal. Kebiasaan hidangan ini akan ada pada perayaan Krismas. Sekarang tidak lagi ‘anytime, anywhere’.

AYAM CILI PADI

Untuk yang ini, jika dilihat pada packaging mungkin macam biasa-biasa saja. Tapi jangan tertipu ye! Ini jujur tau kite kongsikan.

Didalam ada 2 ketul ayam dan cili padi yang digunakan adalah cili padi hijau. Memang nampak warna kepedasan tu. Rekomen untuk menikmati hidangan ini dengan nasi panas berlaukkan menu ini.

Ada harapan bertambah nasi 2-3 kali sebab kepedasan pada cili padi kali ini terasa. Memang wajib ada stok di rumah.

IKAN KUKUS MERAH

Ini untuk anda peminat hidangan kukus. Makanan sihat dimana kurang lemak dan minyak. Walaupun dipanas mengikut caranya, boleh saja tambahkan masa untuk mendapatkan tekstur yang diinginkan.

Lain orang lain cara, lain mulut lain rasa bukan? Produk RTE LengQuas kali ini ada harapan untuk di bawa keluar masyarakat antarabangsa. Menu yang boleh dimakan untuk semua dan diantara yang popular.

HARI TERBUKA LENGQUAS

Sebenarnyakan, kite tahu tentang produk terbaru nie pun sebab singgah Hari Terbuka LengQuas di Dapur Setempat Kopetro. Tu yang boleh beli dan bawa balik untuk stok Ramadan sebab dah nampak ada hari ‘malasnya’.

Sudahlah di jual dengan harga murah iaitu harga kilang siap ada free gift dan ada makan-makan. Siapa saja yang tak suka pasal makan-makan kan.

Jadi, kalau ada yang cuba RTE LengQuas yang terbaru ini, boleh dapatkan di pasaraya yang berdekatan ataupun MyNews. Siap ada ye. Jangan makan sorang, kongsi kongsi lah dengan kawan!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge