FELDA D’SAJI PROMOSI BUFET RAMADAN 2022 PASTI BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah, Ramadan kini kembali dan pastinya ramai ternanti-nanti lokasi pilihan buka puasa.
FELDA D’SAJI
Tahun ini Felda D’Saji kembali dengan menawarkan empat pilihan untuk berbuka puasa. Masing-masing mengikut konsep dan keselesaan pelanggan dan yang pasti harga berpatutan
DEWAN PERDANA FELDA
Konsep tahun ini “Berbuka Puasa Bersama Keluarga” dimana kumpulan Rabbani bakal mempersembahkan irama nasyid untuk mereka yang hadir.
Hidangan masakan kali ini adalah daripada Negara Turki dan masakan Malay Authentic dari Felda D’Saji.
NEGARA TURKI
Masakan daripada Negara Turki seperti “Red Lentil Soup “, ‘Sehriyelli .Pilav Rice’, Ankara Grilled Whole Lamb, Chicken Shawarma, Beef Kebab.
Ada juga Armanian Pizza, Beef & Chicken Kofte in Tomato Sauce, Turlu Turlu, Pita Bread & Ice Cream Drum.
MALAY AUTHENTIC
Masakan popular “Malay Authentic” daripada Felda D’Saji seperti Bubur Lambuk, Sup Tulang Kambing dengan Kicap Pedas Johor, Masak Lemak Daging Salai, Asam Pedas Daging Tetel.
Ayam Masak Hitam, Rendang Tok dan Pulut, Tumis Keladi, Sayur Goreng Jawa pun ada dan dianggarkan melebihi daripada 80 pilihan ditawarkan.
Surau disediakan untuk solat Magrib/Isyak berjemaah dan Terawih.
HARGA BERBUKA DEWAN FELDA
Promosi untuk berbuka di mana RM78.00++ /pax untuk yang berbuka pada 1 Ramadan hingga 3 Ramadan. Harga asal RM 98.00++/ pax dan Kanak Kanak : RM 58.00++/ pax
DEWAN MERAK KAYANGAN
Konsep berbuka untuk berkumpulan, korporat mahupun berbuka mengikut tema pilihan pelanggan. Terdapat Bilik VIP disediakan dan juga surau untuk solat Maghrib/Isyak.
HARGA BERBUKA DEWAN MERAK KAYANGAN
Untuk harga buffet Ramadan RM 48.00++/ pax. Jika berbuka mengikut tema pilihan pelanggan Heated Dome : RM 68.00++/ pax
USTAZ AZADAN
Sempena mempromosi SASA Garam dari (High Qualitiy Natural Salt from the Red Sea), Ustaz sebagai jurucakap pihak SASA Garam bakal menghiburkan ketika berbuka puasa di Dewan Semarak Felda D’Saji nanti.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan berbuka puasa di lokasi pilihan anda. Tidak kira bersama rakan mahupun yang tersayang.
credit: Megat Review
Sini kalau buat buffet ramadan tak pernah tak meriah kan.. menu dia pelbagai ada, berbaloi dengan harga..
Sis Lin recently posted…SEBELUM KETAM LARI LAGI, AKU MASAK LEMAK CILI API