Romantika 4 Hari 3 Malam Cari CINTA Encik Sempurna!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM CARI CINTA ENCIK SEMPURNA!|Romantika lain orang lain pemahamannya. Tapi kali ini KP ingin kongsikan drama terbaru dari TV3 yang bakal mengisi di slot Lestary TV3.

Bila ditayangkan Romantika 4 Hari 3 Malam ?

Drama terbaharu, Romantika 4 Hari 3 Malam’ terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. mengisi slot Lestary TV3 bermula semalam (10 Mac 2021) pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam.

Drama bersiri 13 episod ini merupakan adaptasi novel nukilan oleh Wizana Emilia. Diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria, manakala skripnya ditulis sendiri oleh penulis novel Wizana Emilia.

Drama ini menggandingkan pelakon muda dan lama seperti Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee DFKL, Nyna Hasrizal, Wafariena, Zila Bakarin, Shahrolnizam, Lisdawati, Aida Aris dan Dottie.

Sinopsis ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM

Mengisahkan Lana Analia Suhaimi (Amelia Henderson), seorang gadis kampung yang mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur.

Lana diterima untuk bekerja di syarikat penerbitan terbesar di Malaysia malah dia ditugaskan sebagai wartawan di majalah paling laris – Majalah Sweetheart. 

Tugasan pertama Lana ialah menulis artikel mingguan bertajuk ‘Blind Date’. Lana berat hati dengan tugasan yang diberi.

Namun terpaksa terimanya kerana dia amat memerlukan pekerjaan itu untuk menyara ibunya dan menampung kos pengajian adik bongsunya.

Tambahan lagi, Lana tidak berani melawan arahan pengarangnya, Cik Norsira (Aida Aris).

Cik Norsira seorang yang cukup sinis, garang, serius dan terkenal dengan sifat cerewet.

Lana hanya mampu berkongsi masalahnya dengan rakan serumahnya, Zeti (Dottie) dan rakan sekerjanya, Azlinda.

Bertemu dengan Encik Sempurna

Bermulalah pengalaman Lana mengatur janji temu dengan lelaki-lelaki yang tidak dikenali. Lana berharap agar dipertemukan dengan ‘Encik Sempurna’ tetapi hakikatnya dia berjumpa lelaki yang pelbagai kerenah.

Berdasarkan pengalamannya yang serba tidak kena itu, Lana sampaikan kepada pembaca menerusi artikel Blind Date. Yang menariknya tajuknya bermula dengan `Encik’. 

Encik Gamer, Encik Sombong, Encik Selekeh, Encik Playboy, Encik Anak Mak dan bermacam-macam `Encik’ yang ditemui. Tidak mengambil masa yang lama, rencana Lana mendapat pujian dan semakin diminati ramai.

4 Hari 3 Malam Di Mana?

Lana teruja apabila dia telah memenangi hadiah pakej percutian 4 Hari 3 Malam di sebuah pulau. Di situ, Lana dan Amar Najwan (Sean Lee) dipertemukan dalam insiden yang dingin.

Ekoran daripada masalah teknikal yang dialami oleh pihak hotel, Lana disalahertikan sebagai perempuan gila yang menceroboh bilik chaletnya. Selepas mendapat penjelasan daripada pihak hotel, Amar bersungguh-sungguh untuk meminta maaf daripada Lana. 

Lana dan Amar menghabiskan masa bersama-sama untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah di pulau itu. Keindahan pulau dan keprihatinan yang diberikan oleh Amar, membuatkan Lana terpikat dengan pesona lelaki kacak ini.

Sayangnya, pada hari terakhir di situ, Amar secara tak sengaja terbaca rencana ‘Encik Panas Baran’. Amar salah sangka dan kecewa. Dia tinggalkan Lana tanpa apa-apa pesanan. 

Siapakah ‘Encik’?

Lana gagal menghubungi Amar. Walaupun dia terpinga-pinga dengan apa yang sudah berlaku, tetapi Lana meneruskan kehidupnya seperti sedia kala.

Amar mula didesak oleh ibunya, Datin Bibi (Zila Bakarin) untuk bertunang dengan Aida (Nyna Hasrizal). Amar berkongsi masalahnya dengan kawan baiknya, Hisham (Syafi Tee).

Kisah Amar mengenai Lana menarik perhatian Hisham dan dia ingin tahu lebih lanjut tentang gadis yang berjaya mencuri hati kawannya. Hisham menyuruh penyiasat persendirian, Juno untuk mengekori Lana.

Romantika 4hari 3malam

Namun, apa yang bakal berlaku adalah di luar jangkaan ketiga-tiga pemuda ini. 

Pastikan anda menonton Lestary: Romantika 4 Hari 3 Malam pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial

Instagram|Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge