Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Raisha 2 Mendambakan Kemewahan Membelenggu Jiwa Isi Slot Lestary| Alam perkahwinan tidak lari dari norma kehidupan masyarakat kita. Begitu juga dengan dilema Datin Diana Danielle yang perlu menggadaikan rumah tangganya dengan populariti. Sebenarnya, ia hanyalah gimik lakonan dalam drama bersiri Raisha 2 yang bakal bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 mulai 5 Disember 2018.

Raisha 2 yang merupakan siri original tonton telah disiarkan sebanyak 12 episod secara eksklusif di tonton dalam format berdefinisi tinggi (HD). Lebih menarik, para peminat bakal menerima kejutan pengakhiran kedua bagi Raisha 2 menerusi portal video www.tonton.com.my selepas tamatnya siaran episod terakhir di TV3.

Sambungan kepada drama Raisha yang dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2018, kisah Raisha yang bersikap materialistik dan mengejar kemewahan kembali dengan konflik baharu dimana Raisha sanggup bercerai dengan suami demi mengejar cita-cita menjadi selebriti popular yang dikenali ramai.

Raisha 2 terbitan Orangetree Production diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria dan nukilan skrip oleh Mufid Suhaimi. Drama 12 episod ini dibarisi pelakon-pelakon hebat iaitu Datin Diana Danielle yang merupakan tunjang utama, selain menampilkan Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Azrel Ismail serta Mawar Rashid.

Sinopsis Raisha 2

Dalam Raisha 2, Fuad (Hafidz Roshdi) telah berkahwin dengan Raisha (Datin Diana Danielle). Fuad sangat menyayangi Raisha dan juga Qayyum, anak Raisha yang kini sudah berusia dua tahun seperti anaknya sendiri. Namun, rumah tangga yang dibina sejak dua tahun yang lalu mula bergolak apabila perniagaan Fuad semakin merosot.

Tempat Raisha bekerja dikunjungi syarikat penerbitan dan dijadikan lokasi penggambaran. Bagaikan tuah datang bergolek, kejelitaan Raisha menarik perhatian Rashdan (Fadlan Hazim) dan ditawarkan watak utama di dalam sebuah filem. Raisha telah merahsiakan statusnya malahan dia mendakwa Qayyum hanyalah anak saudaranya.

Fuad tidak senang hati dengan perubahan Raisha. Raisha sering mencari masa dan alasan untuk berjumpa dengan Rashdan. Dia sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Rashdan pula sudah jatuh cinta dengan Raisha. Dia meyakinkan Raisha bahawa dia akan menjaga Raisha di Kuala Lumpur nanti. Lantas, Raisha berfikir bahawa penceraian bersama Fuad adalah jalan terbaik baginya.

Perasaan marah telah menguasai Fuad dan mereka berdua bergaduh besar. Fuad tidak akan bersetuju untuk menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Raisha. Bagaimanapun, Raisha sudah tidak tahan lagi dengan perangai Fuad yang sering memaksanya untuk berubah. Raisha tetap inginkan penceraian dari Fuad dan nekad berhijrah ke Kuala Lumpur.

Adakah Fuad akhirnya melafazkan cerai? Apakah kesudahan cerita mereka? Jangan ketinggalan untuk menonton drama Raisha 2, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 dan juga menerusi portal video tonton! Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge