‘ROCK THE CRYPTO’, PROMOSIKAN REVOLUSI INDUSTRI 5.0

‘ROCK THE CRYPTO’, PROMOSIKAN REVOLUSI INDUSTRI 5.0 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pelaburan mata wang kripto atau mata wang digital semakin trending dikalangan warga Malaysia hari ini.

Sejak teknologi ‘blockchain’ diperkenalkan sekitar tahun 2008, bersama pengenalan matawang kripto pertama.Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto, ia dilihat bakal mencetus revolusi besar dalam lanskap kewangan serta pelaburan dunia.

Menurut data oleh CoinMarketCap, terdapat 7812 jenis mata wang kripto yang telah dicipta diseluruh dunia sehingga Januari 2021 dengan jumlah permodalan pasaran keseluruhan bernilai USD $324.716 billion.

Jesteru tidak hairan jika dilihat hari ini, trend pelaburan berasaskan mata wang kripto di Malaysia semakin popular dan mendapat tempat walaupun ianya dikategorikan sebagai pelaburan berisiko tinggi.

SAUDAGAR SANTAI GROUP (SSG)

Melihat kepada kepesatan trend pelaburan ini, Saudagar Santai Group (SSG), sebuah entiti perunding kewangan yang fokus kepada ilmu dagangan dan pelaburan matawang kripto.

Tidak mahu ketinggalan untuk menjadi antara yang terawal sebagai hab rujukan kepada orang ramai yang ingin mempelajari selok belok ilmu pelaburan matawang kripto yang betul.

Ini agar dapat memaksimakan keuntungan dan dalam pada masa yang sama meminimakan risiko dalam pelaburan mata wang digital.

Jesteru satu majlis menandatangani memorundum persefahaman (MoU) antara Saudagar Santai Group (SSG) dan Ricabot sebagai pengguna dan peserta affiliate Ricabot.

SSG diwakili oleh pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif , YBhg Dato’ Ismael Ibrahim dan Pengarah Pemasaran Ricabot, Mr Tan Wai Yik @ Desmond dalam satu majlis yang diadakan di Dash Box Hotel Ballroom, Cyberjaya pada 23 November 2021 yang lalu.

Turut diperkenalkan pada majlis MoU tersebut adalah penampilan khas ratu rock negara, Ella yang dilantik sebagai duta SSG bagi menjayakan program Road Tour – Rock The Crypto.

Ini adalah siri program berbentuk hiburan dan konsert yang akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sarawak. Ella juga akan melancarkan program cabutan bertuah untuk 1,000 orang pertama yang menyertai peogram ini.

ROCK THE CRYPTO

Sementara itu, matlamat utama program Rock The Crypto ini adalah untuk mempromosikan Revolusi Industri 5.0 khususnya yang berkait dengan konsep Digital Asset (Cryptocurrency).

Hari ini, wang digital dianggap trend transaksi baru bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Ia kini dianggar mempunyai transaksi lebih daripada 100 bilion sehari.

Jadi, satu kerugian jika rakyat Malaysia ketinggalan dalam mempelajari tentang ilmu dan peluang yang ada dengan pasaran matawang Kripto.

Pada program ini nanti, Dato’ Ismael, yang juga Pengasas SSG akan memberikan penerangan lanjut berkenaan peranan matawang Kripto, khususnya yang berkaitan peluang pasaran serta keuntungan yang boleh diraih dari palaburan ini.

Ricabot di bawah Mr Desmond pula adalah platform yang dipilih oleh SSG untuk dipromosikan sebagai pengguna dan peserta affialite. Bagi mereka yang ingin berdagang matawang digital (Kripto), adalah disarankan untuk melakukan urusan jual beli dengan menggunakan platform ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berhubung Program Rock The Crypto ini boleh menghubungi wakil SSG di talian 017-917 7022 (Marry Anak Luju atau 011-5760 4921 Ikhwan) atau melawati platform media sosial Facebook SSG – Saudagar Santai Group

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge