RICHEESE FACTORY FIRE CHICKEN CHALLENGE 2.0, SIAPA MENANG BESAR?

Kalau tahun lepas cuma 400 peserta tetapi untuk tahun ini meningkat kepada 600 peserta menyahut Richeese Factory Malaysia Fire Chicken Challenge 2.0.

RICHEESE FACTORY FIRE CHICKEN CHALLENGE 2.0

Pencarian di seluruh negara untuk mencari rakyat Malaysia yang mampu menahan pedas dan menjadi peserta yang terpantas menghabiskan Fire Chicken yang paling pedas telah berakhir. Mana taknya Richeese Factory Malaysia dengan jayanya menganjurkan pusingan akhir Fire Chicken Challenge 2.0 di Central i-City Shah Alam baru-baru ini.

LEBIH PENYERTAAN UNTUK 2024

Pertandingan pada tahun ini telah menyaksikan sambutan yang amat memberangsangkan dengan 600 penyertaan dalam talian – peningkatan ketara berbanding 400 peserta pada tahun lepas. 

SEBELUM FINAL FIRE CHICKEN CHALLENGE 2.0

Pusingan pertama Fire Chicken Challenge 2.0 telah diadakan di beberapa Lokasi di wilayah Selatan, Utara dan Tengah. Di mana finalis terbaik dipilih untuk mewakili wilayah mereka berdasarkan prestasi mereka dalam menghabiskan Fire Chicken dengan tahap kepedasan Tahap 3.

Ianya dinilai berdasarkan sejauh mana kelajuan dan kebersihan pinggan dan tulang ayam mereka.

FINAL FIRE CHICKEN CHALLENGE 2.0

Acara kemuncak Richeese Factory Fire Chicken Challenge 2.0 menyaksikan 40 peserta bertarung untuk menghabiskan Fire Chicken. Kali ini pada tahap kepedasan tertinggi Tahap 5, dengan pinggan dan tulang ayam paling licin.

Persaingan amat sengit di mana peserta bukan sahaja menonjolkan daya ketahanan mereka malah skill mereka dalam menangani rasa pedas yang melampau. 

“Fire Chicken Challenge 2.0 merupakan satu perjalanan yang luar biasa pada tahun ini. Ia memberi peluang kepada pelanggan kami untuk mencabar ketahanan diri mereka. Sambil menikmati kekayaan rasa yang tidak terhingga yang menjadi sebahagian daripada identity jenama kami.

Peningkatan penyertaan yang memberangsangkan juga mencerminkan peningkatan populariti produk Richeese Factory yang unik.”

-Joel Lee, Pengurus Besar Malaysian & Singapore Richeese Factory

HADIAH PEMENANG

Pemenang utama telah dianugerahkan hadiah lumayan berupa RM4,500 wang tunai dan baucar bernilai RM500. Naib juara pula memperoleh RM3,000 dan baucar RM500. Manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang RM1,500 dan baucar RM500. 5 pemenang saguhati menerima wang tunai RM500 dan baucar RM300 setiap seorang. 

CAWANGAN KE-50 RICHEESE FACTORY

Selain daripada Fire Chicken Challenge 2.0, Richeese Factory Malaysia turut mengumumkan satu lagi kejayaan besar syarikat dengan pembukaan cawangan ke-50. Lokasi pilihan kali ini Tingkat Bawah Sunshine Central Pulau Pinang yang bakal beroperasi pada Oktober 2024.

Dengan hiasan dalaman yang moden dan menarik, restoran terbaharu ini menawarkan ruang yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman menjamu selera. Di mana pelanggan boleh menikmati hidangan mereka, beristirehat sambil bergaul mesra dengan rakan dan keluarga.

Susun atur restoran ini yang juga direka dengan teliti menjadikan ia tempat yang strategik bagi penganjuran majlis dan acara yang membabitkan kumpulan yang besar. 

HARAPAN MENJADI PILIHAN MAKANAN SEGERA KALANGAN PELANGGAN

“Kami ingin menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang luar biasa. Richese Factory kini telah menjadi salah satu restoran yang berkembang paling pesat di negara ini.

Pembukaan cawangan ke-50 ini juga selari dengan cita-cita besar kami . Berharap menjadi pilihan makanan segera di kalangan pelanggan di seluruh Malaysia dan rantau ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge