Illy Caffè Memperluas Sayap dengan Pembukaan Outlet di NU Sentral

ILLY CAFFE NU SENTRAL

Jenama kopi terkemuka, Illy, telah mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan rasmi outlet terbarunya di NU Sentral, Kuala Lumpur. Langkah strategik ini bertujuan untuk membawa pengalaman kopi berkualiti tinggi lebih dekat kepada para peminat kopi di pusat bandar, menjadikannya destinasi yang tidak boleh dilepaskan.

Università del Caffè (UDC)

Università del Caffè (UDC) Illy kini hadir di Malaysia, menawarkan pelbagai kursus kopi yang direka untuk semua peringkat, dari pemula hingga bakal barista. UDC bukan sahaja mendidik para penggemar kopi, tetapi juga memberikan sokongan kepada petani kopi di seluruh dunia.

Dengan berkongsi kepakaran dan teknologi terkini, UDC membantu petani menghasilkan biji kopi berkualiti tinggi sambil memastikan mereka menerima pampasan yang adil. Kerjasama langsung dengan petani dari kawasan seperti Brazil, Amerika Tengah, India, dan Afrika mengukuhkan komitmen Illy terhadap keadilan sosial dalam industri kopi.

RANGKAIAN MARITOZZI

Pembukaan lokasi baru di NU Sentral juga disertai dengan pelancaran rangkaian Maritozzi yang menggiurkan.

“Saya teruja dapat bekerjasama dengan Illy Caffè untuk memperkenalkan rangkaian Maritozzi yang lazat ini. Terdapat pelbagai pilihan rasa savory seperti Mushroom Pesto, Smoked Salmon dengan Mascarpone, Beef Bresaola dengan Homemade Habanero Jam, dan banyak lagi

Serta pilihan manis yang menggoda termasuk Classic Maritozzo dan Tiramisu Maritozzo. Kami berharap semua akan teruja untuk mencuba hidangan baru ini!” jelas Anis Nabilah.

KEHADIRAN ALVN & ANIS NABILAH

Acara pembukaan hari ini diwarnai dengan penampilan istimewa oleh ALVN dan Anis Nabilah, yang membawa suasana meriah dan keceriaan kepada peminat kopi. Illy Caffè NU Sentral hadir dengan rekaan moden yang bercirikan estetika Itali, lengkap dengan tempat duduk yang selesa

Yang penting banyak lokasi untuk pengecas, sesuai untuk pelanggan korporat dan pelancong yang ingin menikmati pengalaman kopi yang luar biasa.

DELICACY ITALI

Dengan tujuan merayakan budaya Malaysia, menawarkan pelbagai pilihan baru yang menjanjikan untuk memastikan pelanggan sentiasa maklum tentang pelancaran akan datang.

Maritozzi, yang merupakan delicacy Itali dengan akar sejarah yang mendalam, telah diubah suai untuk memenuhi citarasa masa kini. Terdapat pilihan saiz besar dan mini yang sangat sesuai untuk dipadankan dengan kopi Illy. Memberikan pengalaman yang sempurna bagi pencinta kopi.

“Pelancaran Illy Caffè NU Sentral benar-benar menggembirakan saya dan kami berkomitmen untuk menyediakan pengalaman kopi yang tidak dapat dilupakan. Saya tidak sabar agar pelanggan kami dapat menikmati Maritozzi, yang sangat sepadan dengan campuran kopi premium kami.

Jangan lupa untuk menyertai aktiviti menarik dan merasai suasana yang nyaman di pembukaan kedai ini!”

-kata Filippo Migliuolo, wakil dari Illy Caffè.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge