REPLIKA ARNAB TERBESAR DI SURIA KLCC, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahun Baru Cina bakal tiba kurang dari 5 hari. Tahun ini pula tahun arnab.

REPLIKA ARNAB TERBESAR

Replika arnab yang tersergam indah di perkarangan KLCC Esplanade menampilkan Nugget Emas “Yuan Bao” dengan diiringi oleh 11 Zodiak Cina yang lain.

Warna emas yang menyelaputi replika arnab pula melambangkan “prosperity” serta “good luck”.

“Arnab dalam Zodiak Cina juga melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan cepat dan kesuburan.

REPLIKA ARNAB TERBESAR

Untuk menghormati haiwan yang anggun ini dan kebaikan yang diwakilinya, kami memperingati Tahun Arnab dengan cara yang hebat untuk pengunjung menikmati suasana perayaan kali ini.

Kami amat berbangga melihat satu lagi rekod baharu dicipta oleh Suria KLCC pada tahun ini 

-kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Baca: Cherry Blossom Di Jeju

REPLIKA ARNAB TERBESAR

UNTUK TATAPAN PENGUNJUNG HINGGA 5 FEBRUARI

Berukuran setinggi 7.5 m dan menampilkan pepohon sakura serta bunga “peony” yang disusun indah.

Ini untuk membangkitkan semangat musim perayaan, replika terbesar itu akan dipaparkan untuk tatapan pengunjung sehingga 5 Februari.

Apa lagi jom singgah di Suria KLCC untuk turut serta meraikan Tahun Baru Cina berzodiak arnab tahun ini.

Website| Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge