RAMADAN BERSAMA UMMIS HIJAU KASTURI RM35.90, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam minggu ini saja berapa jemputan diterima untuk preview buffet ramadan. Pasti merindui untuk menikmati buffet bersama rakan mahupun yang tersayang.
UMMIS HIJAU KASTURI
Pasti ada yang tertanya-tanya dimanakah lokasi Ummis Hijau Kasturi ini? Ianya terletak di G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul .
Diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah.
Restoran ini bukan saja menyediakan buffet Ramadan tetapi dibuka setiap hari dengan pelbagai hidangan yang disajikan.
Antaranya adalah Sajian Nusantara dari Indonesia mahupun Brunei juga Sajian Melayu Asli.
RM 35.90 SAHAJA SEORANG, MURAHNYA!
Tahun ini Ummis Hijau Kasturi tidak melepaskan peluang untuk turut menyediakan hidangan tradisional Melayu dengan tema yang berbeza setiap hari.
Lebih dari 30 jenis hidangan yang bakal disajikan. Bermula pada 4 April 2022 sehingga 29 April 2022 dari 6.30pm hingga 9.00 malam.
Hanya RM35.90 nett untuk dewasa. RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas. Pasti tak percayakan !
ADA MENU DARI ISTANA BRUNEI?
Antara menu Istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis.
Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan,Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
PERNAH BERKHIDMAT DENGAN KERABAT DIRAJA BRUNEI
Rupanya pemilik Ummis Hijau Kasturi pernah berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei. Pengalaman sebagai chef peribadi Istana dan kerabat dikongsikan menerusi santapan Istana.
Jadi ini diantara menu yang akan turut serta dalam seleksi buffet ramadan nanti. Peluang untuk merasa kehebatan air tangan chef dalam menyediakan aneka sajian.
Selain itu, Ummis Hijau Kasturi sering menjadi pilihan kebanyakan syarikat korporat terkenal dalam menyediakan katering majlis mereka. Antaranya seperti Gamuda, BERNAMA, Astro dan banyak lagi.
KEMUDAHAN
Keselesaan pengunjung yang hadir pasti di ambil kira. Dimana surau tersedIa di bahagian dalam restoran sendiri. Untuk parking pula, terdapat ruangan parking yang luas ditingkat bawah.
Kelengkapan set audio pun ada jika ada yang ingin menganjurkan majlis dimana boleh menempatkan seramai 70pax dalam satu masa. Jangan lupa untuk ‘book’ sebelum datang, takut ‘full house’.
Facebook | Instagram | Contact : 017-6534133 | 011-23058511
.