JELAJAH SELERA -BUFFET RAMADAN DOUBLETREE KL, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih lagi daltaam perkongsian untuk berbuka puasa bulan Ramadan nanti. Pilihan kali ini lagi banyak pilihan-nya, apa kata jom layan
JELAJAH SELERA
Dengan tema ‘Jelajah Selera’ untuk bulan Ramadan tahun ini memberikan kelainan sedikit. Berlokasi di Makan Kitchen di Doubletree by Hilton Kuala Lumpur bermula dari 3 April hingga 3 Mei 2022.
Jelajah bermaksud meneroka dan Selera pula keinginan untuk menikmati hidangan. Jadi di gabungkan keduanya ‘Jelajah Selera’.
INSIPRASI
Di insipirasikan oleh budaya dan warisan kulinari Malaysia yang unik. Apa kat jom nikmati perjalanan gastronomi yang menampilkan resipi hidangan istimewa dari Asia dan juga Malaysia.
PANDEMIK MENGAJAR TENTANG KUALITI MASA
Pandemik yang berlalu telah mengajar kami untuk benar-benar menghargai masa berkualiti bersama orang tersayang. Memandangkan kini keluarga dan rakan-rakan dapat berkumpul, secara tidak langsung memberikan semangat untuk sambutan Raya tahun ini.
Hilton Kuala Lumpur menjemput semua orang untuk bersama-sama dan mencipta kenangan baru untuk Ramadan tahun ini.
-Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Hilton, Eugene Oelofse
MAKAN KITCHEN
Makan Kitchen antara tempat yang popular dimana menampilkan pelbagai hidangan istimeawanya. Mana tak lebih daripada 10 gerai ala bazar yang menjanjikan pengalaman menjamu selera yang terbaik.
Tumpuan pastinya tertumpu pada bahan-bahan sumber tempatan, daging premium yang berkualitu dan makanan laut yang pasti memuaskan selera.
Bukan setakat nikmati hidangan tetapi di bakal dihiburkan dengan persembahan setiap malam sementara menunggu makan malam bermula.
ANTARA MENU YANG ADA DI JELAJAH SELERA
Jika menggemari hidangan ala Chinese pun ada juga.
Hidangan yang wajib dicuba.
Bubur Lambuk
Kerabu mahupun salad ada juga
Seafood . Nak makan yang siap dimasak sama ada cara rebus atau bakar.
Sebelum balik jangan lupa nikmati pemanis mulut. Ada kuih muih dan juga aiskrim Baskin Robbins tau!
BUFFET JELAJAH SELERA DOUBLETREE KL
Bakal bermula dari 3 April hingga 3 Mei 2022. Mula dari 6:30 petang hingga 10: 00 malam. Harga RM 188 bagi dewasa dan RM 98 bagi kanak-kanak [umur 5-11 tahun].
Diskaun 25% menanti anda jika membuat tempahan awak sebelum 26 Mac 2022
Website | Contact 03- 2172 7272 | KUTDT_FBReservations@hilton.com