BERBUKA DI HILTON GARDEN INN KL ROOFTOP 25, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti masih lagi menyenaraikan lokasi untuk berbuka puasa tahun ini? Hilton Inn Garden dah masuk ke? Kalau belum ini sebab kenapa anda perlu masukkan tau!
HILTON GARDEN INN KL
Buffet berbuka puasa di Hilton Garden Inn KL tahun ini bertemakan hidangan kegemaran Malaysia dan juga dari Asia Tengah . Terdapat makan malam bertema di Rooftop 25 dan Garden Grille
ROOFTOP 25
Inginkan kelainan untuk berbuka puasa ini pilihannya. Mana taknya, berbuka puasa dengan berlatarbelakangkan bangunan ikonik di sekitar Kuala Lumpur.
Dengan harga RM 149 seorang, para tetamu dapat menikmati pelbagai hidangan sambil menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari 8 April hingga 1 Mei 2022:
Dengan konsep buffet barbeku yang menampilkan lebih daripada 15 jenis minuma dari mocktails. fusion. minuman ringan atau pun jus. Antaranya Lychee Blue Hawaiian, Fizzy Iced Peach Tea, Melon Sundown, Arabian Night, Sugar Cane, Teh O Halia, Milo Tarik dan sebagainya.
Hidangan pula seperti
Ayam Ungep
Sayur Goreng Jawa
Hidangan Raya : Nasi Impit. Ketupat Palas, Burasak. Rendang Ayam, Serunding Ayam, Serunding Kelapa dan juga Serunding Daging. Anda penggemar Lontong, jangan lupa rasa tau.
Straight Off the Pit: Steak kambing perap , Steak Angus Minute. Ikan Bakar Acqua Pazza, Sayap Ayam Kacang Madu, Sotong Perap Tandoori dan lain-lain lagi.
KEMPEN JELAJAH SELERA BERSAMA HILTON
Ianya adalah sebahagian daripada kempen ‘Jelajah Selera Bersama Hilton’ diseluruh negara oleh hotel Hilton Malaysia. Antaranya DoubleTree Hilton
Buat semua penggemar makanan ini adalah peluang untuk menikmati sambil meneroka hidangan bukan setakat dari Malaysia juga dari Asia.
PAKEJ PINGGAN PERKONGSIAN BBQ
Ingin menikmati hidangan barbeku saja bolehlah memilih pakej ini. Dimana ianya menawarkan satu pinggan hidangan BBQ , satu pinggan manis & berperisa juga pilihan satu hidangan utama dan dua minuman.
Antara hidangan seperti campuran kambing oriental, stik daging lembu medallion, ayam aromatik, sosej ayam panggang dan banyak lagi.
Ia bermula dari 4 April hingga 28 April 2022. Harganya RM 170 setiap set sesuai untuk 2-3 orang.
PAKEJ GARDEN GRILLE
Untuk acara peribadi mahupun majlis istimewa boleh memilih untuk pakej garden grille. Bermula dari 1 April hingga 2 Mei 2022, dimana RM 79 seorang untuk pakej biasa dan RM 119 untuk pakej khas.
PAKEJ BUFET TAMAN GARDEN GRILLE
Hidangan yang ditawarkan
Kari Ikan Tenggiri Gaya Nyonya – Ayam Bakar Oven dengan Kuah Perchik – Daging Masak Hitam Berempah – Pucuk Ubi Masak Lemak dengn Udang – Tauhu Telur Rebus dengan Brokoli & Cendawan
PAKEJ BUFFET KHAS TAMAN GARDEN GRILLE
Hidangan yang ditawarkan
Nasi Hujan Panas – Ikan Tenggiri & Bendi dalam Kuah Assam – Gulai Daging Kawah dengan Kentang – Ayam Masak Merah – Varuval Daging Kambing – Udang Goreng Kering Kantonis – Kari Dhalce dengan Mangga Muda – Sayur Campur Tumis dengan Daun Basik Thai
Jangan lupa untuk membuat tempahan awal
Website | Contact : 603 2771 6888 | Email : KULMY_FB@hilton.com