KONSERT NASYID LAGENDA 2022 KINI KEMBALI, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nasyid bukan baru dalam bidang hiburan. Pada tahun 90an – 2000, lagu nasyid antara yang menjadi top 3 di carta lagu.
KONSERT NASYID LAGENDA
Merupakan sebuah konsert nasyid anjuran Inteam Records Sdn Bhd dengan sokongan Dana Kandungan Digital dari pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
SLOGAN ‘KEMBALI BERSINAR”
Membawa slogan Kembali Bersinar ini diadakan bertujuan sebagai ‘tribute’ bagi mengenang jasa penasyid-penasyid tanahair sejak tahun 70-an.
Antaranya seperti kumpulan Al-Jawaher, Al-Mizan dan seangkatannya, tahun 80-an seperti Nadamurni dan The Zikr.
Tidak lupa juga tahun 90-an sehingga ke awal kegemilangan nasyid kontemporari seperti Raihan, Hijjaz, Rabbani, Brothers dan lain-lain.
ARTIS YANG TERLIBAT
Konsert ini bakal menampilkan artis-artis nasyid tanahair seperti Hijjaz, Rabbani, Nazrey Johani, Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Hasnul, Ustaz Amal dan Kumpulan Inteam.
Turut ditampilkan ialah penyanyi Shahir Zawawi dan Ustaz Raja Suhaimi.
MEMBERI INSIPRASI & TRIBUTE
“Di antara objektif kami mengadakan konsert ini selain memenuhi tanggungjawab diberikan pihak K-KOMM, ialah sebagai ekspressi penghargaan kami kepada generasi awal penasyid.
Yang dulu merupakan guru-guru kami dan inspirasi kami suatu masa dahulu.
Sememangnya kami membesar dengan Jagu-lagu hebat alunan mereka dan kami cuba untuk mengembalikan nostalgia lagu-lagu tersebut di dalam konsert ini”
-Ujar Hazamin Inteam selaku pengarah konsert ini.
HARGA TIKET
“Alhamdulillah, kami sangat terharu dengan sambutan peminat dan penyokong industri nasyid tanahair terhadap konsert ini.
Jualan tiket RM50 dan RM100 telah habis dalam masa tidak sampai sehari dari tarikh jualan tiket secara rasmi dilancarkan.
Walau bagaimanapun, tiket berharga RM150, RM200 dan RM250 masih lagi dijual di platform ilassotickets.com”
-tambah beliau lagi.
4 SEGMEN UTAMA DIPERSEMBAHKAN
Perjalanan konsert ini akan terbahagi kepada 4 segmen utama iaitu segmen nasyid tahun 70-an, segmen tahun 80-an ke 90-an. Segmen tribute pahlawan nasyid dan segmen nasyid kontemporari penghujung tahun 90-an ke tahun 2000.
ADA DEKLAMASI PUISI
Selain persembahan nasyid yang diiringi pemuzik iringan, penonton akan turut di sajikan dengan deklamasi puisi oleh pemuisi terkenal Ustaz Dinie Juri dan juga lakonan sketsa.
Konsert ini turut mendapat kerjasama dan sokongan Radio Ikim sebagai Radio Rasmi, Badan Islam Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai rakan kerjasama dan beberapa penaja yang lain.
SEBAHAGIAN HASIL JUALAN DISUMBANG KE…
Sebahagian dari hasil jualan tiket konsert ini akan turut disumbangkan ke tabung Persatuan Kebajikan Sahabat Nadamurni serta kepada beberapa rakan artis nasyid yang sedang diuji dengan musibah.
Konsert Nasyid Legenda akan diadakan pada 29 Oktober 2022 jam 8.00 malam di Dewan Sivik MBPJ di Petaling Jaya.