QSR BRANDS KERJASAMA DENGAN (KAGAT) UNTUK ASNAF, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan Ramadan bulan yang mulia, bulan bersedekah.

QSR BRANDS

QSR Brands (M) Holdings Bhd (pengendali KFC, Pizza Hut, Ayamas dan Life) telah menyerahkan Wakalah zakat bernilai RM160,500 kepada Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Ini untuk diagihkan kepada kelompok asnaf sepanjang bulan Ramadhan.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada Program Agihan Ramadan ATM kerjasama bersama QSR Brands (M) Holdings Bhd, KAGAT, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

REPLIKA CEK

YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Panglima Angkatan Tentera Markas Angkatan Tentera Malaysia telah menerima serahan replika cek.

Dari Pemangku Ketua Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Bhd, Encik Hayazi Bin Darus di Majlis Pelancaran Program Agihan Ramadan ATM di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH pada 1 April 2022.

PROGRAM AGIHAN RAMADAN ATM

“Kami berbesar hati bekerjasama dengan KAGAT & MAIWP untuk Program Agihan Ramadan ATM di mana kami berpeluang untuk mengagihkan Wakalah zakat.

Sekaligus memberi kembali kepada masyarakat sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat yang kami pegang erat sebagai warga korporat Malaysia.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan mengukir senyuman kepada golongan asnaf,”

-kata Encik Hayazi Bin Darus, Pemangku Ketua Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Bhd.

SUMBANGAN ZAKAT

Sumbangan zakat dalam bentuk 500 bantuan pek makanan ini akan diagihkan kepada kelompok asnaf selama 30 hari bermula 3 April 2022 sehingga 2 Mei 2022.

Lokasi yang telah dikenalpasti pihak KAGAT iaitu Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH (Kuala Lumpur), Masjid Kem Perdana Sg Besi (Kuala Lumpur), Masjid Pangkalan TLDM Lumut (Perak).

Tidak lupa juga pada Masjid Pangkalan TUDM Subang (Selangor), dan Surau Al Mustafa, Markas Angkatan Bersama, Sg Pancing, Kuantan (Pahang).

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge