MUKMIN PRO APLIKASI KONSEP GAYA HIDUP MUSLIM, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Banyak saja aplikasi mengenai gaya hidup Muslim diluar sana. Apakah yang membezakan dengan yang ini?

MUKMIN PRO

Pelakon dan usahawan terkemuka, Nur Fazura Sharifuddin atau dikenali sebagai Faz telah melancarkan aplikasi berkonsepkan gaya hidup Muslim -Mukmin Pro

Mukmin Pro adalah aplikasi telefon mudah alih untuk gaya hidup Islam. Menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan, menghubungkan umat Islam di seluruh dunia.

Juga untuk mereka yang berminat untuk mendekati Islam.”

IMPIAN FAZ DIMAKBULKAN!

“Alhamdullillah, Faz rasa sungguh bersyukur kerana satu lagi impian Faz telah dimakbulkan dengan pelancaran aplikasi #miliksemua ini.”

-ujar beliau.

KELEBIHAN APLIKASI INI

Antara kelebihan aplikasi Mukmin Pro adalah pengguna boleh mendapatkan pelbagai ciri khas secara percuma tanpa perlu bimbang kerana data pengguna adalah terjamin selamat.

Selain dari itu, aplikasi ini mempunyai “interface’ yang lebih fokus dan menarik. Berlatarkan warna putih dan merah jambu terang, warna yang cukup sinonim dengan Fazura. 

KEUNIKAN MUKMIN PRO

Salah satu keunikan aplikasi ini adalah ianya mengandungi pelbagai video-video Islamik terbaik. Sesuai untuk semua peringkat umur .

Dikemas kini pada setiap hari dari navigasi video seperti YouTube dan TikTok. 

“Apa yang membuatkan Faz lagi kagum dengan aplikasi ini adalah ianya turut menawarkan program seperti kelas mengaji dan Tahsin Al-Quran.

Juga program Wakaf Quran dan juga Infaq makanan kepada golongan yang memerlukan,

-tambah Fazura lagi. 

PELBAGAI AMALAN DAN RANGKAIAN AUDIO

Dapat melaksanakan amalan-amalan seperti Qurban dan Aqiqah yang dijalankan di Mekah alMukarramah dengan mudah dengan pakej-pakej yang menarik dan mampu milik.

Didatangi dengan rangkaian audio bacaan zikir, doa-doa harian dan surah- surah al-Quran. Serta waktu solat, Azan dan navigasi Qiblat yang lebih dipercayai.

Navigasi masjid-masjid yang berdekatan turut disediakan untuk para Mukmin tak mengira dimana mereka berada. 

Aplikasi mudah alih ini kini boleh dimuat turun melalui aplikasi “App Store’ dan “Google Play secara PERCUMA. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge