Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • PRODUCT
  • PUSAT SOLUSI HOME2COM PANASONIC, APA YANG BEST?

PUSAT SOLUSI HOME2COM PANASONIC, APA YANG BEST?

Nannie IsaNovember 8, 2022November 8, 2022

PUSAT SOLUSI HOME2COM PANASONIC, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Boleh dikatakan yang setiap rumah pasti ada atau pernah menggunakan produk Panasonic! Seperti di rumah KP sendiri yang paling lama bertahan adalah periuk nasi.

Isi Kandungan tutup
1 PUSAT SOLUSI HOME2COM PANASONIC
2 SLOGAN PANASONIC TERBARU
3 ANUGERAH YANG DIMENANGI
4 INGIN KENALI PRODUK KELUARAN TERDAHULU?
5 BUKA JAM BERAPA?
6 TEROKA 4 ASPEK DI SINI
6.1 DALAMAN
6.1.1 BREAD MAKER AUTOMATIK
6.1.2 PETI AIS TERBARU
6.1.3 STEAM CONVENTION MICROWAVE OVEN
6.1.4 ALKALINE IONIZER
6.1.5 LOW SUGAR INDUCTION HEATER RICE COOKER
6.2 LUARAN
6.2.1 PANASONIC WASHER DRYER
6.2.2 STEAM GENERATOR IRON
6.2.3 HOME SHOWER U -SERIES
6.2.4 PENGERING RAMBUT ADA?
6.3 RUANG
6.3.1 CORDLESS ATAU BAGLESS VACUUM CLEANER
6.3.2 B100 HEADPHONE THE BEST!
6.3.3 EARBUD PUN ADA!
6.3.4 PENGHAWA DINGIN A.K.A AIRCOND
6.4 PERUSAHAAN BAGAIMANA PULA?
6.4.1 PRESSIT WIRELESS PRESENTATION SYSTEM
6.4.2 PROJEKTOR
6.4.3 SECURITY SYSTEMS

Tidak pernah terlintas yang Panasonic sebenarnya mempunyai outlet untuk para pengguna datang dan mengetahui tentang produk mereka.

PUSAT SOLUSI HOME2COM PANASONIC

Terletak di Tingkat Bawah The Vertical Podium, Bangsar South, Jalan Kerinchi berdekatan dengan V.E Hotel & Residences. Teruja tau bila ke sini. Nak tahu kenapa meh kite kongsikan.

Ia sebenarnya adalah pusat solusi bagi para pengguna untuk datang melihat sendiri pelbagai produk Panasonic yang ada di pasaran. Terutama sekali produk terbaru sebelum membuat pilihan untuk membelinya

Ada dikongsikan juga sejarah penubuhan Panasonic oleh Tan Sri Konosuke Matsushita yang merupakan pengasas kepada Panasonic Corporation. Juga produk dari mula dikeluarkan [yang terkenal] hingga terkini.

SLOGAN PANASONIC TERBARU

Slogan terbaru iaitu ‘Create Today, Enrich Tomorrow‘ membawa maksud dimana kesejahteraan dalam kehidupan adalah perkara yang patut ditekankan. Ingin mereka diluar sana menjalani kehidupan lebih baik dan bukannya terhad.

Setiap produk keluaran terbaru pastinya dapat membantu dalam kehidupan bukan setakat menyenangkan tetapi juga mencipta pengalaman bersama.

ANUGERAH YANG DIMENANGI

Bukan baru di bidang ini, dimana Panasonic Corporation telah memenangi pelbagai jenis anugerah tidak kira dalam Malaysia mahupun antarabangsa.

Setiap keluaran berinovasi tinggi dan memastikan yang ia dapat memberi manfaat pada pengguna dalam kehidupan seharian.

INGIN KENALI PRODUK KELUARAN TERDAHULU?

Jika ke sini, di pintu masuk sebelah kiri anda disambut dengan antara keluaran yang popular dari zaman 60an diperagakan.

Ada peti televisyen [sekarang dipanggil TV], ketuhar, radio, mesin basuh [kalau dilihat seperti tempat kukus] dan lain-lain.

Yang ini adalah yang paling terkenal iaitu periuk nasi elektrik. Rumah orang tua KP masih lagi menggunakan yang ini . Kata abah ‘nie periuk nasi legend, takkan dapat lagi sekarang

BUKA JAM BERAPA?

Ianya dibuka dari Isnin – Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Oh ya! Pusat Solusi Home2Com ini juga kita boleh walk-in kerana ianya dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Tutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum

TEROKA 4 ASPEK DI SINI

Terdapat 4 aspek di sini dimana 3 daripadanya adalah lebih rapat pada pengguna. Iaitu kesejahteraan dari dalaman , luaran dan ruang. Untuk yang mempunyai perniagaan pula boleh lihat juga keluaran yang digunakan di syarikat nanti

DALAMAN

Jom kite mulakan perjalanan atau ekspedisi kite di sini. Bermula dengan perkakas elektrik yang wajib ada dalam setiap rumah. Bukan setakat menggunakan tetapi membantu dalam kehidupan seharian.

BREAD MAKER AUTOMATIK

Terdapat 13 menu yang boleh dipilih terus dari perkakasan elektrik ini. Paling penting kita hanya masukkan semua bahan yang diperlukan.

Ianya akan dimasak dan dikendalikan secara automatik mesin pembuat roti ini. Yang ini menjadi perhatian KP sewaktu mesin itu melakukan tugasan-nya.

PETI AIS TERBARU

Peti ais yang berinovasi tinggi didatangkan dengan ciri PRIME freeze. Mempunyai bahagian yang boleh membuat penyejukan 5 kali lebih pantas.

Terdapat juga fungsi nanoe™ X yang membantu mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan. Sempat mencuba beberapa eksperimen dan hasilnya amat memuaskan.

STEAM CONVENTION MICROWAVE OVEN

Boleh melakukan pelbagai aktiviti masakan. Ianya didatangkan dengan 6 fungsi iaitu stim, gril, stew, bakar, gorengan sihat dan penapaian (ferment).

ALKALINE IONIZER

Membolehkan pelanggan menikmati air yang benar-benar bersih dan selamat diminum. Perkakasan ini dilengkapi dengan 4 tahap advance sistem penyulingan air alkaline.

Menghapuskan 19 bahan-bahan yang memudaratkan dan menghapuskan 99% bakteria serta virus.

Water Purifiers yang diletakkan dibawah sinki. Mempunyai 3 katrij yang mudah sahaja pemasangannya. Ianya juga dapat membunuh sehingga 99.999% bakteria dan 99.9% virus. Tiada bau dan menjadikan air selamat untuk diminum.

LOW SUGAR INDUCTION HEATER RICE COOKER

Membantu menyediakan nasi dengan cara yang sihat. Ianya dapat mengurangkan kandungan kanji didalam nasi.

Periuk elektrik ini juga mengandungi  active enzime water soaking technology dan didatangkan dengan pelbagai fungsi.

LUARAN

Kalau tadi lebih fokus pada makanan kini kite pergi pada keperluan seharian. Ia merangkumi kebersihan fizikal, diri dan penjagaan badan.

Antara produk yang termasuk didalam kategori ini termasuklah mesin basuh, pancuran mandian kediaman, penjagana mulut, penjagaan lelaki, penjagaan rambut, sterika dan juga bidet.

PANASONIC WASHER DRYER

Dilengkapi dengan teknologi Blue Ag+ yang boleh membunuh 99.99% bakteria yang mana dilengkapi juga dengan sinaran UV dan ion Ag didalam kitaran basuhan biasa.

Ianya juga disokong dengan StainMaster+ yang mempunyai fungsi cucian panas untuk menghilangkan kotoran degil. Manakala Hybrid Dry membantu untuk mengeringkan pakaian.

STEAM GENERATOR IRON

Begitu juga dengan Steam Generator Iron (sterika) yang mempunyai teknologi advanced anti-calc yang mempunyai kuasa stim yang hebat.

Didatangkan juga bersama Optical Care mode yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis fabrik yang hendak digosok.

HOME SHOWER U -SERIES

Home Shower U-Series, dengan rekaan yang cantik didatangkan bersama 9 ciri keselamatan. Termasuklah durable cooper heater,  Earth Leakage Breaker (ELB) dan struktur yang boleh mengelakkan kejutan elektrik, terbakar dan sebagainya.

Didalamnya juga mempunyai bahan Ag+ Crystal yang boleh mengelakkan pertumbuhan bakteria.

Electric Bidet Seat yang dihasilkan dengan 99% antibakteria, AG+ dengan pemancut air juga disediakan dengan air suam (warm water). Teknologi ini jimat tenaga dan mempunyai mode penjimatan tenaga sehingga 8 jam.

PENGERING RAMBUT ADA?

Pengering dan penggayaan rambut yang kita boleh mengawal suhu. Produk ini juga sangat membantu menjadikan rambut lebih bersinar, cantik dan beralun.

Selain itu terdapat juga perkakasan pencukur elektrik untuk lelaki danjuga penjagaan diri iaitu produk oral Panasonic.

RUANG

Ianya berpaksikan kepada persekitaran hidup yang selesa, bersih serta selamat. Kategori produk termasuklah televisyen, audio, kipas siling, pendingin hawa, pembersih udara dan juga hampagas.

CORDLESS ATAU BAGLESS VACUUM CLEANER

Untuk hampagas Panasonic terdapat beberapa jenis yang kita boleh pilih. Antaranya seperti Cordless Vacuum Cleaner ataupun Bagless Vacuum Cleaner.

Kedua ini mempunyai sistem cyclone mereka tersendiri. Begitu juga kuasa sedutan dan saiz juga ada berbeza.Apa yang penting keduanya sangat membantu dalam kerja pembersihan rumah.

B100 HEADPHONE THE BEST!

B100 Headphone dengan rekaan yang ergonomik dan bertahan sehingga 16 jam lamanya. Antara cirinya, ianya dapat memberikan lebih bunyi bass dan pendengaran yang terbaik.

EARBUD PUN ADA!

Earbud dari Panasonic juga antara terbaik yang dapat mengurangkan gangguan bunyi dari luar. Rekaannya juga smart dan stylo.

PENGHAWA DINGIN A.K.A AIRCOND

Penghawa dingin yang didatangkan bersama teknologi inverter yang dapat menjimatkan tenaga. Mempunyai kuasa sehingga 80HP untuk penghawa dingin komersial.

Kita juga boleh mengawal perkakasan elektrik di bahagian ruang dengan menggunakan aplikasi Panasonic. Ianya agak canggih dan memudahkan pelanggan mengawal penggunaan eletrik di rumah mereka.

Selain itu terdapat juga kipas dan air filter berinovasi tinggi dari Panasonic.

PERUSAHAAN BAGAIMANA PULA?

Bagi penyelesaian perniagaan termasuklah sistem pejabat pintar, projektor interaktif, penyelesaian keselamatan bersepadu, interkom video dan persidangan pintar.

PRESSIT WIRELESS PRESENTATION SYSTEM

Sistem pejabat pintar dengan adanya  PressIT Wireless Presentation System dan juga All-in One Video System. Dengan penggunaan teknologi sebegini dapat mengurangkan kos operasi, meningkatkan ruang pengurusan serta produktiviti dan lebih efisien.

PROJEKTOR

Projektor interaktif memberikan pengalaman deria yang hebat dengan pengalaman yang cukup luar biasa. Ini adalah menerusi pemetaan video dan penyepaduan maklumat digital dengan persekitaran pengguna dalam masa nyata.

Persidangan pintar teknologi terkini yang menyediakan stable hybrid online.ofline environment seperti video streaming dan sebagainya.

Ianya juga didatangkan bersama perisian auto tracking yang secara automatik akan mengikuti pergerakan presenter/speaker yang sedang berucap di atas pentas.

SECURITY SYSTEMS

Keselamatan bersepadu menawarkan teknologi keselamatan yang terbaik dengan menggunakan ciri pembuatan pintar (artificial intelligence), pengenalpastian wajah (face recognition), perisian pengurusan video dan pelbagai lagi.

.Kite bukan setakat pelajari lebih mendalam tentang produk yang ingin dibeli tetapi diberi penerangan terperinci oleh wakil mereka. Kalau langkah kanan mungkin dapat merasa masakan menggunakan produk Panasonic.

Yang penting jangan lupa call dulu sebelum datang tau!

Website|

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Panasonic, PUSAT SOLUSI HOME2COM, PUSAT SOLUSI HOME2COM PANASONIC

Post navigation

Previous: SOUTHERN SCORE BUILDERS, THE BEST!
Next: TEMPAH HUAWEI MATE50 SEKARANG & MENANGI HADIAH RM6,500, BEST!

Related Posts

SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG

SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG: PENJAGAAN KESIHATAN KUALITI TINGGI

October 28, 2025October 28, 2025 Nannie Isa
SAMSUNG OLED

WHY YOUR SAMSUNG OLED NEEDS A Q-SERIES SOUNDBAR!

September 12, 2025May 9, 2026 Nannie Isa
RICOH GR IV

RICOH GR IV KINI DILANCARKAN, AMAZING!

September 12, 2025September 12, 2025 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}