Pengendali takaful nombor satu di Malaysia, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) meraikan pencapaian yang bermakna.
PruBSN WarisanGold membuktikan komitmen syarikat itu untuk melindungi rakyat Malaysia.
PRUBSN WARISANGOLD
Satu pelan warisan inovatif yang dirumus untuk melindungi keluarga daripada terkesan daripada impak risiko kewangan dan situasi yang tidak terduga.
SIRI YANG KETIGA DITAMBAHBAIK
“Pelan yang ditambah baik ini merupakan siri yang ketiga bagi solusi takaful PruBSN Warisan yang telah dilancarkan sejak tahun 2016.
“Sehingga tahun 2023, kami telah dan akan terus melindungi lebih daripada 200,000 individu, dengan nilai jumlah perlindungan sebanyak RM 84 bilion.
Sehingga hari ini, jumlah tuntutan yang diluluskan bagi perlindungan ini telah mencecah lebih daripada RM160 juta,”
-Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Takaful Berhad, Wan Saifulrizal Wan Ismail
STRATEGI KEWANGAN
Jelasnya, dengan keadaan semasa, di mana rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup dan pelbagai kerisauan, adalah amat penting untuk mengamalkan strategi kewangan yang sesuai.
PruBSN WarisanGold katanya, mencerminkan komitmen syarikat itu untuk membantu memupuk daya tahan kewangan, memberikan pelanggannya masa depan yang lebih terjamin dan tenang untuk diri mereka dan juga insan tersayang.
PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF
Dengan perlindungan yang komprehensif, pelan ini menawarkan pelbagai manfaat, termasuk perlindungan yang bernilai tinggi bagi kematian, peningkatan automatik dalam jumlah perlindungan, bonus warisan dan pelbagai manfaat tambahan lain.
“Elemen-elemen yang dirangka dengan teliti ini bertujuan untuk menangani kebimbangan keluarga. Memastikan masa depan kewangan mereka kekal terjamin di sebalik ketidaktentuan dalam kehidupan,”
BERSAMA PANELIS
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat, satu sesi perbincangan bersama panelis telah diadakan.
Memberikan penerangan tentang kepentingan sumbangan takaful secara holistik, serta merapatkan jurang perlindungan bagi warga Malaysia di samping mengutamakan prinsip-prinsip Syariah.
TAWARAN HIBAH TAKAFUL
PruBSN WarisanGold mensasarkan segmen pasaran yang lebih luas termasuk keluarga muda dan matang yang mencari produk perlindungan terbaik.
Dengan tawaran Hibah Takaful yang inovatif, pelan ini memastikan dalam situasi yang sukar, waris mereka dapat menghadapi cabaran kehidupan dengan kedudukan kewangan yang terjamin.
Pelan tersebut turut menyediakan pilihan Sadaqah/Wakaf, yang memberi peluang bagi pelanggan untuk memberikan sumbangan untuk tujuan amal, sekaligus memupuk budaya saling bantu-membantu dan solidariti dalam komuniti.
BERMULA DARI RM50
Dengan sumbangan yang bermula daripada RM50 bagi seorang kanak-kanak dan RM100 bagi seorang dewasa, pelan PruBSN WarisanGold turut mencakupi manfaat tambahan yang serba inovatif.
Menggandingkan jumlah perlindungan yang tinggi, suntikan nilai tunai, serta ganjaran kematangan, semuanya dirangkumkan dalam sebuah pakej yang komprehensif.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan perlindungan mampu milik serba baharu ini dan juga pelbagai manfaatnya,
Website Prudential | Website PRUBSN