PROJEK WARM THEIR WINTER 2023 SYRIA CARE, AMAZING!| Tiada yang leboh memerlukan dari kite iaitu mereka yang berada di Syria. Kali ini projek terbaru dari Syria Care adalah Warm Their Winter.
WARM THEIR WINTER 2023
Untuk tahun ini di fasa 1, projek Warm the Winter telah berkampung di Dewan Melati Seksyen 7, Shah Alam. Dari 14 Oktober hingga 22 Oktober 2023 selama seminggu bagi menjayakan projek ‘Warm Their Winter’.
Pelepasan kontena bantuan pakaian musim sejuk ini adalah fasa awal dari projek utama ‘Winter Aid’ Syria Care yang merangkumi bantuan pakaian musim sejuk (Warm Their Winter).
Projek pengumpulan pakaian musim sejuk baharu dan terpakai hasil sumbangan orang ramai kali ini mendapat sambutan dari masyarakat di Lembah Klang dan juga luar dari Selangor
Bantuan bahan bakar (Fuel Aid) dan bantuan pek makanan (Order Food) dengan sasaran kutipan berjumlah RM1.3 juta sehingga Januari 2024.
PENINGKATAN HARI TERAKHIR
Alhamdulilah, dimana pada dua hari terakhir pengumpulan telah meningkatkan lagi sasaran 756 kotak pakaian musim sejuk baharu dan terpakai kepada 1,300 kotak. Anggaran setiap kotak dari 10 hingga 15 kilogram satu
RAKYAT MALAYSIA PRIHATIN
Sumbangan pakaian meningkat dalam masa dua hari ini adalah satu keajaiban dari tuhan.
Ini juga menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa menjadi tangan awal dalam membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
-Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Puan Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki
DANA PENGHANTARAN DIPERLUKAN
Cabaran dihadapi pihak Syria Care ketika ini adalah dana bagi menghantar kontena yang masih belum mencapai sasaran yang diperlukan dan masih berbaki RM90,000.
TERIMA KASIH SUKARELAWAN
Syria Care turut berterima kasih atas khidmat sukarelawan yang disumbangkan dari Briged Sukarelawan Universiti Teknologi MARA (UITM), Management Science University (MSU).
Juga Kolej Poly-Tech Mara cawangan Bangi (KPTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Politeknik Nilai dan Universiti Malaya (UM).
KERJASAMA & SOKONGAN
Projek ini juga mendapat kerjasama serta sokongan Sinar Karangkraf, Min Qalby Foundation, Qalby App, World Peace Entertainment, Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).
Termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 (MPP ZON 3), De Haramain, Sasuke Bundle, Moon’s Kitchen serta Jakel Shah Alam.
SUMBANGAN TABUNG WINTER AID
Orang ramai yang ingin meringankan bebanan pelarian Syria dalam musim sejuk kali ini, boleh menyumbang kepada tabung ‘Winter Aid’ menerusi akaun Maybank: 562106653575 atau CIMB: 8601894560 dengan rujukan ‘WinterAid’.
Sehubungan itu, Syria Care mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak bagi memastikan penghantaran bantuan musim sejuk dapat dibuat dengan seberapa segera.
Contact: 011-3703 0900 |